Monday, August 9, 2010

bulan itu sama macam dulu-dulu juga.

tadi sudah satu hari kita puasa. sumpah rasa sangat cepat jarum panjang dan jarum pendek pusing-pusing. eyh? sudah ramadhan? astagfirullahhalazimmmm. macam biasa. puasa aku 6 tahun lepas-lepas. tak dapat puasa penuh 30 hari dengan family. aku tak sedih. sikit pun tidak. sebab aku sudah lali. terbiasa.

dulu puasa aku beramai-ramai. sama kawan sekolah. budak-budak dorm. adik-adik junior. sekarang pun masih sama. lebih kurang. puasa dengan kawan-kawan u. puasa dengan housemate. kalau kat sekolah dulu, pukul 6.30 semua sudah berderet beratur kat dining mahu ambil makanan. macam nak beli tiket wayang gua cakap sama lu! jadi junior sakit sikit lahh. lagi-lagi dapat senior tade otak. suka-suka nak potong que. naseb baik bulan ramadhan. sabar hati. sabarrrrr. tapi bila aku jadi senior, aku mula memahami perasaan seorang senior. jadi,aku pun buat macam tu. buat-buat muka mintak kaki, then terus selit-selit. pegi mati lahh nak panas hati ke apa. aku senior. so what? haha. jahat kan? biasa lahh. budak-budak. ha. ha. nak tau macam mana nak celah barisan yang panjang tu? mula-mula. point satu titik. mean cari satu mangsa. lebih terbaik kalau mangsa tu junior. then datang terus buat-buat borak. kalau nak dajal lagi, lepas mangsa dah layan, dah dapat masuk line, panggil kroni-kroni join sekaki. haha. sumpah perangai agak celaka. bulan puasa buat tahi. tapi, itu lahh kenangan. indah. paling indah. eh. aku tiba-tiba skip bukak puasa kan? hehe. mehmeh. aku cerita pasal sahur. ish. cakap pasal niy aku panas sikit. ade ke makcik dining, time sahur perghhh. menjilat jari kutt dye masak. budak laki makan sahur sampai tak cukup nasi. bertong-tong. nasi budak perempuan pun diorang kebas. budak laki time sahur, time bukak puasa, sama je jumlah nya. tapi perempuan, time sahur boleh kira berapa yang turun dining. yela. perempuan payah sikit. bukan boleh turun dining pakai baju tidur. nak sarung tudung lagi. leceh. so, baik masing-masing minum air seteguk then sambung buat tahi mata. then sampai waktu terawih. WAJIB. nak tak nak. rela ke tak, semua kena turun surau. terawih ramai-ramai. ala. 8 je pun. time kat hostel lahh kena pulun terawih. betul kan kawan-kawan? sebab kat rumah, haram lahh aku nak pergi surau. hehe

itu semua cerita dulu. cerita aku dengan kamu-kamu. aku rindu waktu-waktu dulu yea kalian. sungguh. siapa tak pernah duduk hostel, korang dan korang-korang rugi. terlepas satu nikmat zaman sekolah. tak percaya? tanya sama budak-budak hostel lain. mereka pasti rasa yang sama. macam aku rasa. kerinduan. serious. :)




Wednesday, August 4, 2010

terpinggir atau meminggirkan?

ahh. aku tak tahu. mengapa dan kenapa. aku kira guna jari sudah satu dua tiga hari aku rasa tade life. tade hidup. jiwa kosong. jiwa kacau. Ya Allah. rasa aku mahu jerit kuat-kuat. tapi rasa mahu nangis itu lebih berganda-ganda! sumpah. aku duduk atas kerusi warna cokelat. pintu bilik tertutup. sorang-sorang. tade sape. hanphone? sengaja di-off kan.


kenapa aku boleh jadi macam niy? sekarang sangat sunyi. aku mahu ingat baik-baik. ok. aku habis net-hock. balik aku terus tidur. tidur macam nak mati. sebab aku penat. penat sangat. bangun, mandi-mandi. aku terus pegi study. ya! sebab malam esok aku ada quiz. aku study. tapi lebih yang keluar dari yang masuk. penat aku sumbat-sumbat ilmu tu. senang-senang diorang muntah kan balik. rubbish! aku naik bosan. annoying. malam tu aku tidur awal. ya. aku ingat.


bangun esok pagi, aku siap-siap. tapi kepala aku mula pening. berat. mencucuk-cucuk. aku buat macam biasa. macam tak ada apa. pegi class madam. dalam class aku mula jadi tak tentu hala. panas pungkuk je bila aku duduk. aku keluar class. konon-konon pegi toilet. mayb ok kutt lepas niy. aku monolog dalam hati. lain jadi sebab masuk class aku rasa makin teruk. rasa loya. aku bukan mengandung. jadi aku tau aku memang 'sakit'.


habis class aku cagas balik rumah. tapi aku tepikir. pukul 2 ada class lagi. aku dah mencarut2. apa malang sangat hari aku ni! last-last aku decide. aku tanak pegi class. buat mc sendiri. kat rumah aku rasa tak sedap badan. sejukkk sangat. aku bg tahu 'dia'. tengah baring-baring, 'dia' datang. bawak air badak, panadol dan roti. aku makan minum dan terus tidur.


malam aku pegi quiz, duduk setengah jam. then aku keluar. sebab aku tak tahan tengok madam usha aku. madam siap sound "no discussion at the back". err. aku duk kalis-kalis. takut kantoi. abez quiz baru diorang bagi tahu madam perasan aku meng-share jawapan. phew. naseb baek madam tak buat pape. aku tidur awal lagi malam tu. tak shut down laptop. tak disconnect brodband pun.


haa. mula dari semalam. smpai hari niy. demam sudah ok. pening-pening je lagi. tapiii. aku rasa tak tenang. asyik rasa mahu nangis. pagi mati lahh mahu cakap aku cewek. tapi aku betul-betul tak betul sekarang. aku senyap. ziera senyap. tak tegur-tegur macam kau tak nampak aku. aku tak nampak kau. maaf lahh. aku sekarang bukan aku. bukan aku ada pape yang ter-taching dengan kau. serious.


beberapa mereka pun aku sudah rasa makin jauh. kalau dulu agak rapat. sekarang? macam janggal. macam ada something wrong. aku ada rasa terpinggir. aku ada rasa aku meminggirkan. maaf. semua salah aku. tadi kita lepak sama, aku lebih-lebih rasa janggal. macam aku tak ada. korang borak-borak, aku tak tahu nak mencelah celah mana. nak ketawa pun macam tak reti.
aku rasa mahu jauh kan diri. aku tau salah macam tu. tapi aku makin buntu.


penat rupanya jadi pendiam. macam tersekat je anak tekat aku niy. bibir jadi kering. nak senyum, macam ada jongkong emas dalam mulut. aku mahu macam dulu. mahu chaous-chaous. mahu keriau-keriau. mahu gelak kuat-kuat tak pk orang. mahu ada kawan-kawan gelak sama-sama. haishhh. ini buat aku rindu rumah. rindu semua. rindu mama, rindu babah, rindu adik azim, rindu yana, rindu abg adi.


aku tahu kenapa aku tak tenang. solat aku rongak-rongak. subuh aku selalu hanyut. syaitan selimutkan aku dengan kulit babi. aku pun melayan. tak melawan. dosa bertimbun-timbun. pahala aku makin sengkek. Ya Allah, ampunkan aku!


****

wah. sudah menari-nari air mata ni. tapi aku rasa sedikit lega. thanks bagi peluang pada aku mr blog. sekarang aku hanya ada engkau. teman aku. dengar aku. jangan pinggirkan aku.


-writer have signed out-