Monday, November 12, 2012

virus

orang dulu pernah kata, jangan makan hati. lama lama nanti mati. memendam rasa boleh bikin kondisi kita serupa bila terkena virus. mulanya bahagian yang sakit itu cuma sebesar zahrah. tapi makin dibiar, ia merebak ke kawasan lain dan makin merbahaya.

dulu kita kawan. baik. rapat. mana mana pergi mesti dengan yang itu. opss. sebelum itu. aku kira ini blog aku. jadi akan aku ceritakan dari mana mulanya virus itu yang mana sudah makin merebak dan memakan seluruh hati aku.

kau.

kau ingat masa aku sibuk buat preparation untuk midterm? dengan jumlah team club kita yang melambak kenapa aku jugak yang kau pilih untuk text "kau balik lambat lagi ke? ada kerja nak buat". bersandarkan rasa curiosity yang melampau aku reply dengan rakus "lambat. kerja apa?". "hias booth untuk club registration" kata kau. eh? okay. lalu aku reply kembali "aku ada midterm esok. 6 chapter masuk. dan belum habis sudy". then kau tanya midterm aku jam berapa. kalau petang pagi kau nak aku jaga dulu. then aku reply "midterm aku petang. pagi aku tak nak jaga sebab nak study". then finally kau just reply "okay". 

aku ingat semua tu dengan baik sekali. esoknya sebelum pegi midterm aku sign in FB. sebab sir dah janji nak announce location midterm as well as time sekali. sekali mencanak dekat news feed seorang hamba allah punya status berbunyi "tak guna kalau dapat highest mark dalam class..****" (**** atas tujuan keselamatan. haha). haa. alasan cliche kau aku dah tau. "yang kau terasa kenapa? bukan aku mention kau pun". YES. memang kau tak mention aku. tapi aku berani kerat jari kau tujukan benda tu tepat pada aku. memang bodoh lah namanya kalau kau mention nama aku kan? kan? hahah. double L. btw, one advice from me kalau tak tahu menahu tentang pucuk pangkal cerita jangan main menyampuk. okay? 

fine. aku pun pegi midterm dan menjawab dengan selamat. (aku dapat 94% okay for that midterm. hewhew). balik dari midterm kitorang menyerbu ke satu satunya kopitiam Muadzam. gara gara lapar dari pagi tak makan. kenyang menghafal subject RS. :O the best part aku jumpa of club crew tengah bersantapan dengan rakan rakan nya. lalu aku bertanya "***** tak jaga booth ke?" **** menjawab "hah? nak jaga untuk apa?" WTF! kau text aku dan put aku in pressure tapi kau tak inform pun kat members lain yang bersenang lenang tak ada pape hal untuk jaga booth?! sumpah. masa tu aku sangat lah terbakar dengan kelakuan kau dan makian dalam hati untuk kau. (sorry). 

aku tanya lagi pada ***** mengenai surat pelepasan untuk tidak menghadiri bon odori di shah alam. "eh? kena bagi eh? **** tak cakap apa apa pun kat ****" (yang mana kau text aku suruh buat surat kalau tak nak join. hello miss, kenapa aku sorang je kau suruh??). aku serious ter tanya tanya apa problem kau dengan   aku sebenarnya. dan disebabkan itu, rasa nak bertegur sapa bergurau senda dengan kau hilang macam tu je. well, aku niy bukan pandai pretending. depan baik. belakang kutuk berkilo. kalau tak puas hati aku akan betul betul tunjuk yang aku tak puas hati.

ini belum kira hal yang kau lagi 5 min nak meeting baru nak text aku. yang mana on that time aku dah nak samapi kuantan pun buat company visit. alasan kau nak save credit. sebab tu only post on fb. dah kau tahu aku tak balik rumah dari pagi, celah mana aku online so nak dapat tahu pasal meeting kau tu? oh lupa. i'm Blackberry 'user'. so 24/7 online. lol

kau (2).

well, aku tak ada much problem dengan kau though i know you are pretending well too! sorry 'kawan'. aku confident sebab aku kenal korang. aku tak kisah pun korang tak wish birthday aku. SUMPAH! aku bukan childish lah yang nak menangis bila orang tak wish birthday. yang aku terasa tahap gaban bila korang ada masalah, baru reti nak tegur aku. (itu pun bukan tegur. text je kan?). hari lain termasuk birthday aku, punya lah korang palau. nak mintak tolong baru nampak kawan? one more thing,  apa yang make it obvious dengan action korang sebab kita dah kawan 3 tahun. selama 3 tahun korang wish at least. tiba tiba sekarang korang buat bodoh gila babs? kalau birthday aku waktu cuti sem ke, yang kita tak berjumpa lah kiranya bolehlah korang nak palau. niy aku ujud kat situ. benci pun cover sikit lah brooo. haha. sorry sebab aku tak reply time kau text. aku tahu bukan kereta aku yang kau nak tumpang. tapi aku pun akan ada sekali dalam kereta tu. aku confirm aku akan rasa akward dengan korang. again, aku bukan pandai pretending! **** kata "awak jangan ikutkan perasaan. biar orang buat jahat kat kita. kita tak payah balas balik". malangnya, aku bukan sebaik ****. aku tak suka orang pijak kepala aku. 

kita berjumpa kat MCD. tapi aku tak tegur korang pun. tahu kenapa? sebab aku rasa kenapa depan orang lain aku perlu pretend yang kita dah tak macam dulu.? sedangkan kat rumah pun kita memang tak bertegur kan? 

kau (3).

though kita sebilik dari foundation, aku tak pernah boleh ngam dengan kau. yang paling aku hairan kenapa kau boleh bukan main peramah dengan orang lain dan dengan aku kau jadi pendiam? satu je aku nak cakap. even aku tak bercakap dengan kau, aku tak kutuk kau belakang. siapa tau. mungkin yang peramah dengan kau tu yang kutuk kau berlori lori kat belakang. whatever it is, aku tahu ini final sem. aku akan bertahan dalam 'rumah' tu sebaik mungkin. 

**********************

aku tahu perhaps this entry akan buat korang rasa double triple annoying dan menyampah dengan aku. no worries. benci lah selagi mampu. aku duduk rumah tu for the sake of completing degree je sekarang niy. okbye. tak tahu nak taip apa. actions works well than wordings! sebenarnya ia bermula dari masalah yang sangat kecil tapi salah aku sebab tak segera selesaikan. lalu ia sekarang jadi virus, kudis yang bertapak dalam hati aku. dan sangat SUKAR untuk reveal. semoga masing masing berjaya di jalan yang di tentukan Allah. amin.


 

Friday, September 21, 2012

hidup

aku jumpa seorang lecturer sebab aku punya persoalan yang mana perlu bantuan seseorang yang ku kira 'expert' dalam hal hal yang macam niy.
eh, jangan buat konklusi parasit!
aku bukan jumpa beliau untuk dapat kan counselling service.
hoihoi. cantik sikit mattttt.
ingat aku student bermasalah ke?

:O

aku keliru.
mana hala tuju aku.
sedari di tabika kemas (i dont even remember which one is my kindergarden!), guru waima mana mana parents sekali pun acap kali berdialog:

"belajar rajin rajin..supaya nanti sampai ke menara gading!"

'menara gading' tu UNIVERSITI kan?

********

aku sekarang berada di menara gading yang di maksudkan.
sudah semakin hampir ke puncak nya since its only one semester left.
itu yang bikin otak aku bercelaru. pikiran jadi buntu. lidah menjadi kelu oh my english yeah yeah yeahh.
(maaf. sentences di atas telah mengalami ganguan siaran.)

********

ah, ringkasnya tujuan aku jumpa beliau untuk dapatkan nasihat dari seseorang yang aku sanjung. aku hormat. mana arah patut aku tuju selepas bergraduasi. kahwin? (on no!)
ehhh bukan aku tak nak kahwin. tapi itu bukan top list dalam perancangan hidup aku.
atau kerja dan terus berkerja sampai pencen?
atau terus continue study?

********

(beware. section ini akan lebih serious)

beliau bertanya:

"which one you prefer most? dunia korporat? education?

ini jawab aku:

"saya bukan jenis memilih. mana mana pun boleh. yang paling penting ber gaji besar. itu focus saya. sorry sir, saya mata duitan sikit. heheh.."

beliau berkata lagi:

"yang awak gelak gelak niy kenapa? ingat lawak ke??"

HAHAHHAHAH JOKING!

tak tak, beliau cakap macam niy:

"its not called as mata duitan. its a life goal. but you must understand being a lecturer is a noble responsibilities. not for the sake of money. jadi lecturer bukan boleh kaya.."

aku jawab:

"hehe..betul jugak tu sir..tapi kalau ikut pandangan sir, which one better? whether saya terus continue master, phd bla bla or do as part timers while working?"

beliau jawab:

"its up to you..go for internship..pegi intern dekat top 10 GLC's in Malaysia..then you can decide by your self which one you prefer most..btw, berapa your current CGPA?"

aku:

"heehhehehehehe..sikit je sir..3.** plus plus..hehehhehe.." (serious ini nada humble) :D

beliau:

"haa. macam tu after grad terus mintak scholar. MARA, JPA..macam macam ada. pegi buat masters di overseas like your super senior here..."

aku:

"oooooooo..insyallah sir..kalau ada rezeki..bla bla bla.." (sambil end up the converation since aku nak pegi jumpa lecturer lain pulak! hehe)

overseas?

hummmmmmmmmmmmm
its my dream dari kecik!
seriously. tolong percaya.
tapi sebab aku kantoi SPM punah lah harapan ke overseas bersama sama kantoi itu.
yang mampu aku buat ialah hari hari baca dari fb kawan kawan yang bersepah dapat pegi overseas tu update status, update gambar.. (mood: envy) sob sob..

:'(

insyallah.
one semester to go.
kalau ijazah kelas pertama tu milik aku,
aku akan kira itu sebagai hadiah to both of my parents!
tentang study di overseas..
kalau ada rezeki untuk aku buat master kat sana,
i'll be ready!
tapi, kalau Malaysia je ditakdirkan untuk aku,
aku akan pergi.
mana mana je.
as long as aku boleh perform well.

btw, even conversation kita ringkas sir,
tapi at least I feel relief.
and even hala tuju hidup aku belum jelas,
tapi shadow itu sudah ada.
and i believe ia akan makin terang dan jelas when the time comes.

Dear sir,
I'll accept your word as you are a father who advising his daughter.
and i'm big fan of yours!

:)


p/s: about the conversation of course there's a lot yang aku tak ceritakan. yang mana tak important aku buang. tambah? hoi, aku tak buat nasi tambah eh dalam cerita niy. heh