gua confirm lu semua mesti familiar dengan dialog macam niy. standart filem melayu lahh kan? tapi, lu sendiri pernah tak bersangkut paut dengan dialog yang gua bilang? eyh sudah. pernah ke tidak itu tak important. sini blog gua. jadi cerita pasal gua only. harhar. okay2. serious. gua pernah. gua ingat lagi. waktu tu ada motivasi. adat turun temurun bila nak exam. sekolah mesti hantar penceramah untuk menceramahkan student. cikgu bajet mudah-mudahan dapat membkar semangat anak-anak murid. heh.
biasa lah babe. bila ada ceramah. nak pulak budak budak duduk tegak dan tekun mendengar. mampus tak layan. baik lah diorang buat ketupat atau buat ceramah versi diorang sendiri. lagi sakai ada yang sempat buat tahi mata. tersengguk sengguk macam naik rollercostar gua cakap sama lu! harhar. lawak pulak bila ingat zaman kanak-kanak dulu.
eyh eyh. lari tune dari muzik sudahh. hey deyy. actually gua mahu story, dalam banyak banyak ceramah yang gua dengar ada satu yang paling solid di ingatan gua. siapa tukang penceramah dan dimana lokasi nya, gua sudah hilang ingatan. maklumlahhh. gua sudah 91 okay. harhar.
beliau bilang ini: "kejayaan yang kamu capai waktu zaman persekolahan, tidak akan sama keseronokan dan kepuasannya dengan kejayaan yang akan kamu capai di universiti. saya sudah pernah merasai. dapat straight A, mak saya dok menangis gembira. terharu sungguh waktu tu. satu kampung mak saya pi canang. tapi, pada hari konvo di universiti, mak bapak saya rileks ja. dok lepak bawah pokok even saya dapat ijazah kelas pertama. tak ada lagi tangisan kegembiraan macam watu saya dapat straight A dulu.."
yes. gua sudah merasa dan sedang merasa tuan penceramah. gua dapat straight A PMR, parents gua siap buat kenduri dekat kampung. sekali dengan sepupu gua yang juga dapat straight A. bangga sebab parents gua happy extravaganza dari bangga sebab di puji orang.
bila gua sedikit kantoi dalam SPM, gua pasang niat mahu sucess di universiti. mahu tebus balik otak jahanam gua dahulu. sekarang gua sudah mahu masuk sem2 dua degree. alhamdullilahh. semua jalan macam yang gua planning. tapi, apa paling penting, even gua dapat 3.75 parents gua tak sibuk sibuk mahu buat kenduri macam dulu. paling paling hebat belanja makan steamboot atau dinner di pizza hut.
hurrmmm.
(gua mood sedih)
:(
hey adik-adik yang membaca! please. ingat pesan ini baik-baik. kakak serious. (bapak geli. tukar ayat lu sekarang!) err. gua serious. study betul-betul selagi ada chance. bila choclate dah cair jangan sibuk nak bising bising. siapa suruh tak letak dalam freezer awal-awal. kan? key point: benda dah jadi, nak menyesal pun tak guna. sumpah tak tipu. gua punya story tiada yang benar melainkan yang benar-benar belaka. selagi uniform sekolah masih di badan, ingatlah pesan gua. kalau tak paham sekarang tak apa. tapiii...
"suatu hari nanti, kamu pasti akan paham"