Friday, February 17, 2012

ALLAH sayang aku.

I left Quran more less half of the year. sangat lama. sampai berhabuk Quran warna purple tu. solat? jangan cerita. lubang lubang! ada yang tak sengaja. tapi serasa aku bertimbun yang di sengajakan. dan, semestinya yang terpaling juara; Subuh. aku tahu syaitan selimutkan aku dengan selimut kulit babi, tapi aku tidak melawan. aku tewas dan akhirnya Subuh aku hanyut. dosa terus mengalir.

aku ada hafal doa bahasa arab. dah lama aku amalkan doa tu. sampai suatu hari lepas solat, macam biasa aku mahu berdoa. all of sudden, aku jadi lupa walau sepotong ayat pun dari doa tu! LUPA TERUS. puas aku cuba untuk ingat. at last aku mengalah. aku teruskan jugak berdoa. tapi kali ini dalam bahasa melayu.

more less about a week. i keep trying to remember the doa. tapi sadis. aku tetap tak berjaya. aku muhasabah diri. cari punca yang mana aku tahu ianya silap diri sendiri. aku jadi takut. ini baru doa yang Allah tarik dari ingatan aku. aku imagine. macam mana kalau Allah tarik nikmat aku yang lain? ilmu? tenaga? rezeki? Nauzubillahhh. aku jadi gerun. tapi serious. aku sampai terfikir kalau lah Allah tarik ilmu aku lebih lebih lagi waktu exam. siapa yang boleh tolong aku waktu tu??

aku mulakan dengan solat subuh. first day aku 'subuh gajah'. itu term Cikgu Shuhaimi untuk orang yang solat subuh hujung hujung. senang cerita hari dah cerah lahh. 7 lebih. diam diam aku happy even aku tahu itu bukan yang terbaik. sama ada diterima atau tidak, itu urusan Allah. aku cuma kena usaha.

Quran. aku sentuh selepas sekian lama. aku mulakan dari page yang pertama. 5 muka surat aku baca. usaha untuk ingat doa tu masih diteruskan. Subuh aku di hari kedua semakin improve. aku tambah dengan bacaan Al Ma'thurat (himpunan doa amalan nabi). boleh Google kalau tak pernah dengar. Ustazah Khadijah yang ajar waktu aku sekolah asrama di Shah Alam. setiap kali lepas Asar aku baca. kelebihannya?

Tidak dihampiri syaitan

Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.

Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.

Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.

Selamat dari segala sesuatu.

Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.

Allah berhak untuk meredhainya

Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.

Terhindar daripada syirik.

Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.

Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.

Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.

Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.

Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.

masuk hari keempat. 
ya, aku pasti. 
lepas solat (waktu berdoa), doa bahasa arab yang puas aku ingat dengar lancarnya keluar dari mulut aku. kuasa Allah. sungguh. aku sangat bersyukur!

aku tahu ini suatu peringatan. pengajaran dari Allah. supaya aku tidak semakin lalai, semakin lupa, alpa. dunia bukan segalanya. segala puji bagi Allah. semoga solat aku terus terpelihara. subuh yang terutama. semoga Quran sentiasa aku baca. dengan izin Allah, dapat khatam untuk kali ketiga dan seterusnya.

Ameenn.

-ini kisah benar-



Wednesday, January 18, 2012

ini entry yang beremosi.

mereka mogok sana sini.
demonstrasi lagi.
tidak sedarkah diri masih mahasiswa dan siswi?
menyusahkan diri, fakulti, dan family!

mereka mogok sana sini.
demonstrasi lagi.
tidak sedarkah diri ditanggung kerajaan?
pinjaman diberi mencecah ribuan.
malahan berpuluhan!

mereka mogok sana sini.
demonstrasi lagi.
tidak sedarkah diri masih tak punya apa sebagai bekalan?
tak punya sebarang kerja dan jawatan.
seluar dalam pun masih ibu dan bapa yang sediakan!

(ketawa besar)

hodob hodob hodob.
*maaf, sedikit kasar*

mereka mogok sana sini.
demonstrasi lagi.
tidak sedarkah diri perlu menjaga kebebasan yang diberi?
yes.
FREEDOM of SPEECH.
disalah guna membuta tuli.
ikut sesuka hati.
akal Allah kurnia bukan tempatnya dikaki!

*kasar? maaf sekali lagi*

mereka mogok sana sini.
demonstrasi lagi.
tidak sedarkah diri seharusnya mensyukuri?
diberi kemudahan itu ini.
(baucher buku, tempat menimba ilmu yang terlebih selesa)
ini tanah tumpah darah kurniaan ilahi.
kenapa harus dicemari?
pertahankanlah ibu pertiwi!

mereka mogok sana sini.
demonstrasi lagi.
tidak sedarkah diri..(berhenti. bukan kerana aku speechless. tapi kerana letih. letih lihat ke nahodob bangsa sendiri)

ehhhh,
lihat lihat.
ada tak mana mana student chinese kecoh kecoh sebegini?
ada tak mana mana student indian bikin issue sampai kena tahan polis?

AKU BUKAN RACIST!

tetapi untuk kesekian kali,
aku letih lihat ke nahodob bangsa sendiri.
bergaduh sesama sendiri.
sudah sudah lah!
kita saudara se islam.
betul kan?
atau, aku tersilap?

huh.

entry ini berat sebelah?
mungkin.
tapi aku seorang mahasiswi yang sedar diri.
sudah banyak terhutang budi pada government.
yang beri buku teks percuma.
yang beri baucher buku.
yang beri alaun.
yang bagi peluang untuk aku menjejak kan kaki ke universiti.
malah menghantar ratusan student keluar negeri!
semua itu bukan percuma.
tetapi ditanggung oleh government yang mahu lahirkan pemuda pemudi harapan bangsa.

aku sangat beremosi dalam hal sebegini.
tolong.
aku pohon.
berhenti bikin status noob di facebook.
berhenti tunjuk pandai.
berhenti tunjuk hebat.

ingat.
kita masih pegang status 'STUDENT'.
mari, kita cari kerja dulu.
mari, kita bayar hutang dulu.
dah stable?
baru boleh tunjuk pandai.
baru boleh bicara tetang politik.

sekian.




kan aman kalau macam niy?

:)