Friday, December 31, 2010

garis penamat.

blog tikus ini sudah lama tak berupdate. bukan mc. tapi cuti bersalin. maaf kerana sangat lama tak berblogwalking. ouhh. i'm sorry babe. just mahu say good bye untuk 2010. banyak. terlalu banyak pengalaman atau lebih tepat kalau gua katakan kejadian untuk 2010 ini. gua tamatkan sampai sini. sudah mahu masuk 2011. happy new year!

P/S: to be continued.. (gila style. 5 minit punya entry. heh)

Thursday, December 9, 2010

jangan gelak banyak2! nanti menangis pulakk :'(

gua sudah lama tak publish entry baru. bukan tak nak bikin something new, but ilham tu tak ada! dah taip-taip separuh, gua pegi delete balik. why? ouhh because gua selalu rasa: 'macam tak best je entry niy..' -_-

***

pagi tadi dalam class finance. gua dan rakan-rakan gurau senda tak ingat dunia. gua gelak sampai keluar air mata babe! benda dah lawak, gelak lah kan? tak kan mau nangis pulak. sampai gelak-gelak tinggal sisa, gua tiba-tiba terdetik. ishh. bapak dahsyat aku gelak. kang menangis pulak jap lagi. Ya Allahhh, jangan lah ada something bad yang jadi! :'(

***

yes, start dari situ gua start rasa tak sedap hati. kecelakaan apa yang bakal jadi?! tapi gua buat bodoh. perasaan gua je kut. haish! tapi, gua semacam ada sixth sense. kadang-kadang bila rasa tak sedap hati, means ada something akan berlaku. cuma bila, dimana and apa incident nya gua clueless. tak tahu menahu langsung!

***

gua call babah gua. got something to ask. tiba-tiba beliau cakap, " we (panggilan untuk one of my uncle) tengah tenat sekarang. dia kat icu Ipoh. kitorang baru sampai dari kampung semalam,".. gua sentap babe! terus teringat pasal rasa tak sedap hati gua. memang gua tak nangis. tapi mata gua sudah ada kaca-kaca. mau bilang gua cewek? serious shit gua tak peduli. gua gadis punya hati tisu! even gua dah besar-besar niy kurang rapat dengan beliau, but deep in my heart gua sayang beliau. sumpah!

***

you all punya sama situation macam gua tak? gelak-gelak tak ingat dunia then tiba-tiba menangis. kenapa mesti macam tu ha? gua confiused. gua keliru. diri gua seorang yang suka gelak-gelak, kecoh-kecoh. tapi bila sampai satu tahap, gelak terbahak-bahak itu bikin gua menangis. bikin gua sadis. bikin gua sedih. dan.. GUA BENCI condition itu!

***

bila adik-adik gua bergurau-senda kan, mummy gua mesti cakap "sudah-sudah main tu. karang ada pulak yang menangis..".. dan paling magika, bila salah satu adik gua menangis tak lama kemudiannya. hey dude, itu jadi TANDA SOAL pada gua okay!

***

eyh, kalau ada yang mahu bikin kajian psycho gua suggest discuss pasal topic niy. maybe boleh solve kan mistik yang menghantui gua niy. ceytt. ter bajet seekers pulak. heh.

***

btw, gua serious about niy okay? so, lets help me lahh babe. kalau tahu apa-apa yang boleh jawap tanda soal gua, tell me! sumpah i'm wondering why benda niy kita mesti rasa. mistik. sangat mistik.

-,-

Thursday, December 2, 2010

itu memang budaya.

gua usha status satu kawan.

anak: "papa, nak buang sampah niy dekat mana?"
papa: "err. buang je dalam longkang tu.."

eyhh. ini memang budaya kita! budaya malaysia. 'hey kau. aku buang sampah dalam longkang sebab tak ada tong sampah laa'. ishh. karang gua panggil bodoh, lu melenting. padahal, memang itu suatu realiti. its a cliche reason laaa babe. entah apa-apa. kadang2 apek dah tua bangka pun buang sampah tepi jalan. ada masalah ke kalau lu simpan sekejap sampah tu sampai jumpa tong sampah? ha. satu lagi, buang sampah DALAM tong sampah. bukan ATAS penutup tong sampah. tq. -_-

tu belum gua open table pasal orang ludah rata-rata. palotak lu laa weyh. gua pernah nampak satu pakcik perut buncit tengah bawak motor. tengah2 tunggu traffic light tu, sempat beliau lontarkan satu ludahan padu. eyuwww. sumpah nak muntah okay! penggotor, pengjijik!

yang kencing tepi jalan pun ada weyhhhhh! gua paham laa itu satu emergency calling. tapi agak-agak laa. kalau adik gua, gua paham lah beliau tak reti nak menahan. niy bab yang sudah title 'datuk' punya perangai. haishhhh. bikin gua geli geleman!

gua cakap banyak pun tak guna. macam rambut, ada yang perang-perang colour kuning. ada yang perm. ada yang rebonding. semua beda-beda. ikut style masing-masing. same goes to otak. ali pikir salmah cantik. abu pikir salmah sedang-sedang. bagai-bagai pikirannya.

gua mahu suggest lahh. gua confirm kalau apply cara niy sehelai sampai pun tak keihatan atas jalan raya mahu pun dalam longkang. err. bukan teruk sangat punn. siapa kena tangkap buang sampah rata-rata kena hukuman gantung mandatory je. tapayah bayar denda. apa macam? ada bran ke derr?

:))

Thursday, November 25, 2010

kau baling tahi, aku baling honey.

tadi gua online facebook. dekat home ada tulis birthday lu today. gua terus click nama lu. and... suprise!! gua wish lu! wee!! yeayy!! haha :D

hey lu yang lain. tahu kenapa gua excited macam babi gersang? sebab, yang gua wish tu orang yang sah sah selalu baling tahi dekat gua! kutuk gua sana sini. sampai kroni beliau usha gua macam pailang. siap perli-perli gua baekkk punyer lagi!

dah-dah. malas nak ungkit-ungkit. gua dah sembilanbelas. matured sudahh. tak main lah gaduh bawak geng. then usha panas ramai-ramai. sorry. cari orang lain jelah. heh.

btw, happy birthday again. may god bless you. and gud luck in your life. err. thanks jugak untuk segala kutukan lu! its okay. gua sukaaaa sangat! (ouhh. so swettt... macam penyangak!harhar)

:))

Wednesday, November 24, 2010

"suatu hari nanti, kamu pasti akan paham"

gua confirm lu semua mesti familiar dengan dialog macam niy. standart filem melayu lahh kan? tapi, lu sendiri pernah tak bersangkut paut dengan dialog yang gua bilang? eyh sudah. pernah ke tidak itu tak important. sini blog gua. jadi cerita pasal gua only. harhar. okay2. serious. gua pernah. gua ingat lagi. waktu tu ada motivasi. adat turun temurun bila nak exam. sekolah mesti hantar penceramah untuk menceramahkan student. cikgu bajet mudah-mudahan dapat membkar semangat anak-anak murid. heh.

biasa lah babe. bila ada ceramah. nak pulak budak budak duduk tegak dan tekun mendengar. mampus tak layan. baik lah diorang buat ketupat atau buat ceramah versi diorang sendiri. lagi sakai ada yang sempat buat tahi mata. tersengguk sengguk macam naik rollercostar gua cakap sama lu! harhar. lawak pulak bila ingat zaman kanak-kanak dulu.

eyh eyh. lari tune dari muzik sudahh. hey deyy. actually gua mahu story, dalam banyak banyak ceramah yang gua dengar ada satu yang paling solid di ingatan gua. siapa tukang penceramah dan dimana lokasi nya, gua sudah hilang ingatan. maklumlahhh. gua sudah 91 okay. harhar.

beliau bilang ini: "kejayaan yang kamu capai waktu zaman persekolahan, tidak akan sama keseronokan dan kepuasannya dengan kejayaan yang akan kamu capai di universiti. saya sudah pernah merasai. dapat straight A, mak saya dok menangis gembira. terharu sungguh waktu tu. satu kampung mak saya pi canang. tapi, pada hari konvo di universiti, mak bapak saya rileks ja. dok lepak bawah pokok even saya dapat ijazah kelas pertama. tak ada lagi tangisan kegembiraan macam watu saya dapat straight A dulu.."

yes. gua sudah merasa dan sedang merasa tuan penceramah. gua dapat straight A PMR, parents gua siap buat kenduri dekat kampung. sekali dengan sepupu gua yang juga dapat straight A. bangga sebab parents gua happy extravaganza dari bangga sebab di puji orang.

bila gua sedikit kantoi dalam SPM, gua pasang niat mahu sucess di universiti. mahu tebus balik otak jahanam gua dahulu. sekarang gua sudah mahu masuk sem2 dua degree. alhamdullilahh. semua jalan macam yang gua planning. tapi, apa paling penting, even gua dapat 3.75 parents gua tak sibuk sibuk mahu buat kenduri macam dulu. paling paling hebat belanja makan steamboot atau dinner di pizza hut.

hurrmmm.
(gua mood sedih)

:(

hey adik-adik yang membaca! please. ingat pesan ini baik-baik. kakak serious. (bapak geli. tukar ayat lu sekarang!) err. gua serious. study betul-betul selagi ada chance. bila choclate dah cair jangan sibuk nak bising bising. siapa suruh tak letak dalam freezer awal-awal. kan? key point: benda dah jadi, nak menyesal pun tak guna. sumpah tak tipu. gua punya story tiada yang benar melainkan yang benar-benar belaka. selagi uniform sekolah masih di badan, ingatlah pesan gua. kalau tak paham sekarang tak apa. tapiii...

"suatu hari nanti, kamu pasti akan paham"


Thursday, November 11, 2010

ha? gua bodoh IT?

gua buat sikit-sikit blogwalking tadi.
lawat-lawat blog manusia lain.
gua masuk sini ada contest.
gua masuk sana ada exchange banner.
yang exchange link pun gua jumpa.

eyh,
you all mau tahu something?

sebesar biji timah gua pun gua tak tahu menahu pasal benda alah niy!
yang gua tau,
buat entry,
bw,
follow-memfollow,
beromen romen,
eyh! choi choi.
ber comment comment,
dan ber shoutmix.
PULLSTOP.

naif kan gua?

babe,
kat blog yang gua usha tu,
ada jugak yang dah siap-siap kasi tau step nak join contest.
penat-penat baca,
tapi gua sikit pun tak reti and tak paham macam mana nak join!
yes,
gua agak 'bangang' sikit bab-bab benda alah macam niy.

tulus dari hati gua yang suci.
heh.

di permulaan,
tujuan asal gua berblogging kerana mahu ada tempat gua meluah perasaan.
berkongsi sesuatu.
dan berstory sesuatu.

sharing kan makna nya caring.
harhar.

:D

weyh kamu-kamu.
siapa yang rajin tolong bagi gua tutorial okay!
pleaseee.
ini ilmu.
dan gua seorang yang 'sangap' kan ilmu.

lepas dah belajar,
its okay kalau gua tak join any contest.
but at least gua sudah ada ILMU didada pasal itu.

so,
nanti bila ada yang ber asking,
tade laa gua tergagap-gagap nak kelentong.
kan?




sabrinacun said: babe, siapa yang sudi ajar gua sumpah beliau sangat cool! sangat sweet! sgt... ahhh. tak tergambar oleh kata-kata! harharhar (menyampah sampah doe. mengipas jela kerja lu. cisss)




Tuesday, November 9, 2010

indah nya kalau cantik.

gua ber-stalker di faceboook,
stalker pict orang.
stalker gossip-gossip baru.
sape couple dengan sape.
or maybe activiti terbaru..
macam modelling.
heh.

:)

biasalaa.
cuti babe.
tak dapat nak berhang out, berstalker pun jadi laa.

gua jumpa banyak pict perempuan cantik.
eyh,
yang perasan cantik pun ada tau.
apa lagi yang perasan artisss.
BERSEPAH!
harhar.

gua mahu story pasal yang betul-betul cantik.
wahhhh.
giler ramai babe!
yang meng-like.
yang meng-comment,
perghhhhhhh..

beratus-ratus!

mesti best,
kalau gua juga secantik mereka.
satu pergi, sepuluh mariii.
haha.

dalam hati gua berkata:
"bilalah aku nak cantik macam tu!"

bukan gua tak reti syukur.
jauh sekali mahu menyanggah ketentuan Allah.
gua terima dan redha dengan yang di tentukan.

alhamdulilahhhh . . .

tapi,
tak salah kan mengagumi keindahan yang Allah ujudkan?
hehe.
gua yang perempuan pun seronok meng-usha.
apalagi kaum-kaum lelaki.
kan?
in fact,
tak akan ada siapa-siapa bencikan sesuatu yang cantik.

gua,

hanya manusia kerdil yang mengagumi.
jauh sekali mahu mendengki.

:D




Monday, November 8, 2010

nerd.

gua memang seorang yang nerd.
gua honest.
tapi nerd gua bukan kerana gua pakai spek besar-besar dengan seluar atas pinggang.
nerd gua kerana asyik berstudy bila dekat-dekat menghampiri exam week.
orang lain study week nya satu minggu.
namun bagi gua study week perlu lebih dari itu; dua minggu.

bila ber lepak-lepak, gua jadi panas bontot.
terpikir-pikir chapter mana yang belum bercover.

mahu tidur gua teringat-ingat facts yang gua dah menghafal.
ayoyo.
otak gua tak berehat dari terus berpikir!

tidur gua bersepah. makan gua tidak berjadual.
kalau tidurnya pukul lima pagi,
gua akan terjaga jam sembilan pagi.
dengan cargas bangun dan cepat-cepat prepare untuk study.

exam week sama dengan minggu bersama buku bagi gua.

lantak lahh.
itu semua datang dari demand gua yang mahu kan dean list setiap sem.
insyaallah,
hasilnya nanti pasti setimpal dengan usaha yang gua curahkan.


nerd berkata: ameeennnnnn :D

yes, ajal maut ketentuan Allah.

last nite gua tonton short video di facebook. cerita tentang empat lelaki dan satu perempuan. tiba2 diorang excident dan mati di tempat kejadian. mahal nya video niy sebab perilaku diorang yang mati niy di flashback kan balik. salah satunya, before mati lelaki tu berpura-pura solat didalam bilik apabila disuruh bersolat oleh ibunya. tup tup dia mati tanpa sempat bertaubat. astgfirullahhaazimm. gua pinta dijauhkan dari mati dengan cara yang begitu.

-------------

tadi gua hampir mati. yeahh. gua sumpah ini bukan gurauan. hampir mati bermakna Allah masih bagi peluang untuk gua hidup. masih bagi peluang untuk gua bertaubat. masih bagi peluang untuk gua merasa nikmat keajaiban dunia. alhamdullillahhhh.

-------------

petang: gua, family, sepupu sepapat dan kaum kerabat sama-sama berenang di swimming pool. gua yang dah lama tidak menjejakkan kaki ke kolam renang menjadikkan sifat excited itu membuak-buak. kelebihan gua yang boleh ber-swimming, gua gunakan sepenuhnya. dari kawasan air cetek ke air dalam semua nya gua redah.
lepas segala gian gua untuk ber-swimming.

-------------

salah satu cousin gua. baru darjah 5 umurnya. mula berswimming melepasi limit kawasan untuk kanak-kanak. gua membiarkan kerana gua pikir cousin gua yang ini juga boleh berswimming.

-------------

tiba-tiba gua terpandang beliau sepertinya sedang kelemasan. sumpah gua tersentap. ya allah, kawasan itu memang dalam! gua ambil quick action tanpa pikir double. sampai nya gua pada beliau, beliau terus menekan gua ke dasar kolam untuk pastikan beliau tidak lemas didalam air. gua tak mampu melawan. serious, gua sudah terpikir mati waktu itu. terus teringat tentang video yang gua tonton. gua mahu menyelamatkan, tetapi gua pula yang sama-sama lemas. kebolehan berswimming langsung tidak membantu kerana cousin itu menarik-narik t-shirt gua.

--------------

gua kumpul tenaga. mahu naik keatas permukanaan air. gua tidak mampu lagi menahan nafas. dapat sahaja peluang, gua terus jerit panggil babah dan mama yang sedang bersantai santai di tepi kolam. suara yang gua lontarkan tidak cukup besar volume nya kerna gua sudah sangat keletihan. lagi sekali gua memanggil sambil melambai-lambai tangan. yeahh. datang superhero gua iaitu babah untuk menyelamatkan gua.

--------------

babah tangaks menarik gua dan cousin. alhamdullillahhh. panjang lagi umur gua. mungkin gua tidak ditakdirkan mati di kolam renang. terlewat seminit dua pastinya gua sudah gone.

--------------

terharunya gua kerana babah terus terjun k edalam swimming pool tanpa pikirkan phone yang ada dalam poket seluarnya. gua terhutang nyawa kepada lelaki yang bernama 'babah'. terbukti kasihnya pada gua sebagai anak.

--------------

kesal nya gua kerana keliling swimming pool ramai lagi lelaki yang ada. tetapi, seekor pun tak mengambil kisah untuk membantu gua. ini kah sifatnya warga malaysia? gua musykil. terima kasih semuanya. tunggu nanti bila sudah terlanggar batang hidung sendiri baru kalian akan paham apa yang gua rasa.

--------------

YES, AJAL MAUT KETENTUAN ALLAH. bikin gua rasa insaf dan mengajar gua agar lebih berwaspada di masa yang lain. insyaallahhhh.

:)

Saturday, November 6, 2010

birthday yang tak macam dulu!

6 nov.

genap umur gua sembilanbelas. sudah makin bertambah angka itu meng-jadikan gua makin tua. tapi, di umur yang 19 ini bikin gua rasa lebih dewasa. lebih matured.

*****

jam pukul duabelas gua ter usha-usha phone. tunggu siapa bakal menang anugerah pengwish pertama. pukul duabelas lima minit, nokia dan sony itu masih bisu. "tidak mengapa", kata hati gua. pukul duabelas dua puluh minit. beliau mula bersuara. gua tersenyum.

'sebby. happy birthday......' (from: jira)

(dissapointed)
even bukan orang yang gua paling tunggu-tunggu, its okay. lebih baik ada satu dari tak ada langsung. thanks jiji.

:))

*****

jam pukul satu limabelas minit gua ber facebook. gua yakin ada ramai yang sudah meng-wish gua. dan itu memang terbukti kebenarannya. sudah 30 orang. tidak perlu hadiah. tapi cukup untuk buat gua terharu. terima kasih facebook.

:))

*****

jam pukul dua tigapuluh minit. yang gua tunggu-tunggu masih belum mengucap selamat. ahh. bikin gua desperate. tak mengapa lahh. mungkin beliau lupa. atau mungkin kegersangan credit. positif side gua kata "esok mesti dia wish!".

:D





p/s:

waktu dulu, berderet-deret message masuk phone gua text selamat hari dijadikan. tapi sekarang yang berderet-deretnya hanya di facebook. cuma satu di dalam phone. btw, ini tak meng-parutkan hati gua. segaris pun tidak. gua hanya meng-bandingkan. yang dulu dengan yang sekarang. ha, untuk orang yang ditunggu-tunggu, agak khinzir okay. kau buat aku resah gelisah mengusha-usha jam dan phone! haha

:))


sekian.
dari sabrina yang umur nya sembilanbelas.
heh.

Monday, October 11, 2010

kisah hati gua.

gua bila dah menyayangi, gua menyayangi dengan sepenuh nya ruang dalam hati gua.
gua bila dah suka, gua menyukai dengan setiap inci dan sudut hati gua.
advantage tak diberikan langsung pada yang jadi couple gua.
sini meaning perasaan tu open pada siapa-siapa.
anynomous.
kawan, abang, kakak, makcik, pakcik;

semua included.

tapi bila gua dah menyayangi dan di BACK STABBER kan,
hati gua calar balar babe.
makan dalam.
zrap zrap bunyi hati gua,
sampai jadi tanda
X.

gua umpamakan macam niy;

gua bagi lu makan mcd,
lu bagi balik gua makan tahi.

babe,
gua tak mintak apa.
tak mintak lu bagi gua pinjam lu punya kereta.
tak mintak pinjam lu punya RM1000.
cukup lu hormat gua.
cukup lu turut sama sayang gua.
paling penting,
cukup jangan tikam gua dari belakang.

tak puas hati,
kita jumpa muka ke muka.
lu tenung gua,
gua tenung lu.
mari sini babe,
tikam gua dari depan.
baru jantan.

maaf lahhh.
sekali gua di back stabber,
gua amat dan sangat susah untuk memaafkan.
again,
maaf gua cakap.
gua bukan seorang yang lembut hati.
please take note.

sekali lu buat tahi,
10 kali gua mengtahi kan lu.
gua tau bukan sikap mulia,
tapi gua tak boleh buat apa.
ini cara gua.
ini style gua.

of course,
kita boleh baik macam dulu.
but it takes quite time.
so,
kalau betul mahu di maafkan,
harap lu bersabar.

gua,
suka berkawan.

tapi tidak dengan backstabber seperti lu.

Sunday, October 3, 2010

untuk: KL (kekasih lama)

bukan i tak nak jawab call you.
bukan i tak nak reply message you.
tapi,
i just tak mau ungkit kisah dulu.

now, i sudah punya life i yang baru.

LIFE WITHOUT YOU.

tak payah cerita bila berdepan dengan you.
cukup dalam phone pun i masih tak kuat untuk mengaku,
yang i sudah tidak cinta you.
untuk mengaku,
yang i sudah tidak sayang you.

i percaya,
ini semua penangan dari your first love.

first love yang bikin i jadi kehilangan diri sendiri.

jadi,
untuk you mr.KL,
satu yang i mahu you tahu.

thank you untuk first love itu.

walaupunpun,
i rasa life i yang baru,
jauh lagi indah dari life i,
time dulu-dulu,

bila bersama you.



:)





p/s: ini entry yang jiwang sikit. tapi gua memang dedicate kat someone. (mr.KL)

Friday, October 1, 2010

tag yang pertama kali nya dari: aJa

okay. at first thanks aJa. niy baru satu tag okay gua dapat. so, gua really appreciate. ha, blogger laen. sila ramai-ramai tag gua okay lepas niy. :D

1. Apa benda yang paling penting dalam hidup korang?

err. jap-jap. banyak okay. :
family
kawan
harta benda
cgpa
tikusdalamlab

2. Benda yang terakhir korang beli menggunakan
duit korang sendiri?

nasi goreng padprik

3. Dimana tempat korang ingin melangsungkan
perkahwinan korang dan tema perkahwinan korang nanti?

nanti jelah pikir. lagi 6-7 tahun mesti banyak trend-trend baru kan? hehe :D


4. Adakah korang sedang bercinta sekarang?

wohooooo. bahaya soalan niy babe. status dirahsiakan. tq.


5. Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?

sampai ke nafas yang terakhir. phewittttt! jap-jap. aku ada kekasih ke?
jeng. jeng. jeng..


6. Dimana korang selalu berjumpa dengan kekasih korang?

ish. tak boleh tanya lebih-lebih laa. hehe


7. Novel / buku / majalah yang terakhir korang beli?

ouh. novel gua dah berkurun tak sentuh. majalah gua tak pernah berbeli. membazir.
pinjam orang punya sudah. haha. buku? ada-ada. buku islamic studies. tu pun
gua phothostate. kedekut kan? ngee


8. Apakah nama penuh korang?

Nor Seb Binti Emy.
hahaha
tak-tak. gua kencing lebih.

NOR SABRINA BINTI SHUHAIMI

:)

9. Antara mak dan ayah korang, yang mana korang lebih mesra?

balance. dengan mama gua boleh cakap-cakap hal wanita. dengan babah gua
boleh bincang hal-hal universal. yang penting dua-dua gua sayang. muahh.
ish. gedik pulak. haha


10. Namakan orang yang korang betul-betul nak
jumpa dalam hidup korang

tahla. tak penah pulak gua terpikir.


11. Adakah korang basuh baju korang sendiri?

yeahhh. kadang-kadang. tapi banyak yang cik SIN tolong.
hehehe



12. Dimanakah tempat yang korang betul-betul nak pergi?

disneyland!


13. Pilih salah satu, peluk atau cium?

peluk.
weeeeeeeeeeee

;))

14. Beritahu 3 benda tentang orang yang tag korang

rajin bw and comment tikusdalamlab
dah lama jugak followup tikusdalamlab dengan consisten
TIDAK KEREK.

plus satu lagi boleh?

mereka best. :)



15. 5 benda yang korang sangat-sangat sayang
dalam hidup korang?

berukband
phone: maxis + celcom
laptop
beg,baju,kasut
alatan makeup


16. 5 lagu yang paling korang suka dan selalu dengar?

150 juta- fynn jamal
open your eyes- maher zain
hingga ke akhir nanti- misha omar
saat kau pergi- vagetos
putus- melda ahmad



17. Bila tarikh lahir korang dan kat mana korang
sambut tahun lepas?

06/11/91
tempat:
desasiswa ilmiah
(kena baling tepung sama telur tembelang)

:D

18. 5 orang blogger yang korang nk tag

paradoks:
♥ Paradoks Hati ♥
apih el nino:
Bernafas Dalam Ego
nadzirah aqilah:
From Kota Tinggi With Love
hazen:
tidak best
my territory:
My Territory


19. Cerita sikit blogger yang pertama korang tag

kawan blogger yang gua paling sayang!
<3

cari duit biar yang halal sikit.

gua open student info. mahu update amount fee yang belum langsai. gua memang sudah awal-awal settel semua. so, dengan confident gua plan nak double check. senang kata nya nak pickup ticket exam. gua click ledger balance. tadaaa. RM 25 outstanding debt. eyh-eyh. waklu. gua dah tak de hutang apa-apa okay! rm 25 duit apa pulak niy?! then sebab didesak oleh ketidakpuasan hati gua menterjah akak kaunter.

akak kaunter: "ye dik?"

gua: "kak, saya dah settel debt.tp tadi saya check ada lagi rm 25. boleh tak saya nak check tu charge untuk apa?"

akak kaunter: "ouhh. tu denda dik."

gua: "ha? denda apa pulak niy kak?"

akak kaunter: "err. sebab awak ubahsuai bilik"

gua: "adoi kak. saya tarik sikit je kut katil tu. mahal giler kena denda!"

akak kaunter: "hehe. biasa lahh dik. @#$%^& kan dah miskin. nak cari duit lah tu." sambil tersengih-sengih.

gua: terus diam dan kuarkan RM 25 purse LV uptown gua.

mesti akak tu engt gua seorang yang redha. tapi, beliau tak tahu dalam hati berbakul-bakul gua maki. agak celaka kut. gua rapatkan katil je pun dengan rumate gua. tu pun lu nak charge gua RM 25?! sah-sah lu nak markup duit student. cari profit tu bagus. mulia niat lu. tapi agak-agak lahh babe. gua dah pikir nak bakar bangunan je. nasib baek tiba-tiba gua teringat kes 5 student UM yang baru lepas tuduhan khianat tu. terus gua cancle plan syaithan gua. apa barang bakar-bakar. tak style lahh. (padahal goyang. haha) haishhh. at last gua menghalalkan jelah RM 25 gua. fine. its okay babe. gua niat kan sedekah. ambik jelah duit tu. pegi bayar bill air ke bill elektrik ke. apa-apa yang tertunggak lahh okay. opps. apa? tertunggak? jeng. jeng. jeng. cool babe. cool. kitorang semua dah tau. so, tade apa nak sorok-sorok lagi. haha. dah-dah. gua nak pergi CIMB. tinggal 1 ringgit je dalam purse gua niy.

Wednesday, September 29, 2010

entry gua pedas?

kawan-kawan cakap entry gua pedas. gua cakap balik, 'lu baru tau ke?'. ada jugak cakap 'seb, entry kau yang @$%$ terbaek.' babe, gua jadikan blog gua sebagai tempat gua tulis apa hati gua rasa. memang gua mengaku blog bukan tempat yang the best untuk gua luahkan perasaan. at least, tension gua dapat di releasekan di sini. tapi, gua sedar ada batasnya. apa yang gua nak taip gua kalis-kalis pakai penapis. yelah. blog gua open. bukan private. siapa-siapa mahu boleh baca ikut suka.bodoh la kalau gua terang-terang show off siapa yang gua maksudkan. itu bapak gua namakan mencari bala. ha, bila lu sudah membaca dan kemudiannya terasa, gua tak boleh buat apa. siapa suruh lu menterasakan diri? so,kalau lu mahu carutkan gua, gua persetankan saja. satu yang gua mahu warning.

' kalau lu tak suka blog gua, jangan gatal-gatal jari pegi tekan tikusdalamlab.'


-_-