Friday, April 29, 2011

jom isi borang survey and dapatkan duit! :D

Welcome to my.ipanelonline.com!


okay friends, besides guna nuff, churpchurp dan yang seangkatan dengan benda alah tu, korang boleh jugak join kat sini!

apa benda tu?

actually that website running online survey. just isi borang survey je. and each survey form akan diberi mata. from mata yang terkumpul kita boleh tebus cash money. serious senang. baru sehari gua dah kumpul 2+++ point. heh.

dah isi borang survey, introduce korang punya link kat kawan kawan. also from that way korang akan diberi point.

so, lets try! sambil sambil online apa salah nya cari duit lebih sikit.

CONTEST BLOG SAYA SMART


third contest dalam masa yang sama gua join. heh. biasa bro. orang tamak selalu UNTUNG. and gua lah orang yang tamak tu. haha

okay, this contest paling simple of the day. jom laa join friends! syarat syaratnya:

- follow owner contest punya blog -

- open pada semua orang. lelaki, perempuan, donut, gay to function, lesbo. *haha, gurau gurau :)

- buat entry about contest and tag pada 4 orang -

- tinggal link kat comment box -

the best part pasal contets paling sempoi niy adalah HADIAH nya!

first place: rm150

second place: rm100

gila kentang! dah lah rules sangat simple. hadiah masyuk kuttttt. rm150 boleh buat shopping derrr.

ahak. kenapa gua join this contest?

selain daripada sebab gua seorang yang tamak, gua sangat yakin bahawasanya blog gua sangat smart! cool! sempoi! *cibet kau seb. BHAHA.

tak tak. serious. smart apa blog gua. background hitam, tulisan putih. perghhh. hot stuff pun tak ada blog macam gua. hahahaha.

sayang, *saja nak kipas sikit. heh

i dah follow you tauu. bagi i menang lah tau. tauuuu. rm150 tu. contestant yang lain tu, you buat tak nampak jelah eyh. hahaha

haa. tarikh tutup: 20th may 2011.

empat yang gua tag:





contest terpantas gua siapkan, kalau masak meggie still keras lagi rasanya. haha

:)






KiszyDolls Giveaways :) jom sertai giveaways kiszydolls:)





kata pepatah: orang tamak selalu rugi.

kata gua: orang tamak selalu untung. and yeahh. sebagai orang tamak gua join lagi satu contest. yeahhaaa! BHAHHAHA *gelak puas

alright alright. for this one punya contest ini syarat syarat nya:

1..................... jadi follower kiszydolls blogshop dulu tau :)
2.................... leave your details ( nama n link blog ) serta comment2 yang
best2 kat post giveaways ni tau ^-^ hehehe...kisz appreciate semua comments :)
3...............U guys kene terangkan tentang giveaways ni kat blog u guys tau :)
4............ wajib letakkan 4 gambar di atas kat keterangan giveaways kiszydolls di blog u guys :)
5..............sape2 yang tidak mengikuti syarat2 di atas,penyertaan u guys akan dibatalkan secara automatik ye...
Apalagi...jom sertai giveaways ni n berpeluang memenangi mr bebey yang gebu ni...
saiznye 16.5 inci n boleh buat tidur tau...
heeee....bestnye dapat hug kiszydolls :)

baiklah, gua ikut step by step.
1. dah jadi follower :)

2. after dah siap baru gua boleh buat yang second niy :D

3. terangkan pasal giveaway *no problem akak! :)

okay, nak cerita lebih lebih pasal owner contest niy gua tak layak sebab gua bukan kenal pun dengan beliau.
rezeki anak *erkk?! je terserempak dengan GA niy. hahaha. tapi tadi i review review cik kakak niy punya blog, she's actually running a business which is jual handmade dolls.

niy bukan nak kipas, tapi serious cool stuff kut benda benda tu. sumpah akak sangat creatif. :)
bawak masuk jual kat JJ ke SOGO ke mau cecah puluh puluh ringgit. perghh.

apa kaitan yang gua bebel bebel dengan GA niy? relaks relaks, niy perkaitannya. GA niy bagi gua one of the advertisement method yang sangat brilliant.

how come?

yelahhh, beliau akan hadiah kan cool stuff tu kepada setiap pemenang. memang sekarang si pemenang dapat secara FREE. tapi bila dah dapat mesti hadiah tu letak atas katil ke, rak buku ke, baru match kan? then datang anak saudara laa, sepupu sepapat la, roomate la, housemate la ternampak hadiah tu.

diorang pun tanya:

org: "kau beli kat mana niy?"

gua: "dapat hadiah. tapi dia ada jual jugak"

org: "ehh. aku nak beli..cute la benda niy!"

haaa. betul kan kata gua? hehe. lecturer gua cakap as a marketers, banyak cara kita boleh gua untuk publishkan every produk yang dihasilkan. ini boleh cakap jugak as a power of word by mouth. *marketing gua A solid kut. heh

GOOD JOB OWNER!

:)

p/s: sikit sikit sudah laa woi. stop stop. gerak pergi step num 4. haha

5. oppss. kena letak 4 gambar dalam blog owner. *please jump to the above okayyy. atasssss sekali gua letak.

6. ha? 6? dah siap lahh gilaaaa! :)P

jap jap. niy hadiah nya:

berpeluang memenangi mr bebey yang gebu ni...
saiznye 16.5 inci n boleh buat tidur tau...
heeee....bestnye dapat hug kiszydolls :)
*copied

tarikh tutup:

tarikh tutup penyertaan : 20 May 2011
pemenang akan dipilih melalui cabutan bertuah :)

*cabutan bertuah? aishh. niy yang lemah. gua jarang bertuah kut dalam cabutan betuah! hehe
klik gambar diatas ye sayang sayang semua untuk joinn

:D




"1st Contest Dari xcyber : Pose Depan Cermin"




hye-hye! gua join contest lagi weyhhh. *serious lately niy gua sangap CONTEST. sumpah.

pantang ada mana mana ruang gua boleh mencelah, gua akan mencelah.

yang this one punya gua bw punya bw sampai lebam tiba tiba terjumpa.

langkah kanan kata orang.

peribahasa: pucuk dicita ulam mendatang. cewahhh. BHAHA.

bagi gua menang eyh encik! thanks for your co-operation. heh.

picture gua bagi tak cool mana doe, gua admit. macam cibet pun ada. macam sakai pun ada. korek korek album dalam laptop gua, yang this one gua rasa paling layak masuk contest. haha. its okay lahh kan. mana tau ada ong! :)



*gua yang mana? yang mana? pstt. yang paling cantik weyh! ha? tak ada yang cantik? CIBET. CIBET. hahah

below are the rules, baca sendiri lah okayyyy. *gua copy paste je.

1) Terbuka kepada semua warganegara MALAYSIA shj sbb mudah nak bg hadiah
2) Follow blog nih sbb mudah nak tngok kalau de pepe diupdate nanti
3) Buat 1 entry anda join contest ni dengan tajuk "1st Contest Dari xcyber : Pose Depan Cermin"
4) Letak banner picture kat atas kat dlm blog korunk.. x kisah la sidebar ke kat mana ke dan link banner tu ke contest ni
5) Gambar tu mesti la ORIGINAL yg korunk punya k.. x leh main ciplak2 org lain punya..ramai2 ke atau sorang2 ke yg penting anda mesti ada dlm gambar tuh, pic korunk boleh dalam bentuk statik atau lain2..tp terhad hanya 1 gambar SAHAJA
6) Tag 4 org rakan anda yg aktif, pastikan mereka tahu merea diTag
7) Tarikh tutup 11.59PM pada 1st May 2011
8) Pemenang akan dipilih melalui gambar gaya pose paling sempoi/menarik di depan cermin

opsss. kena tag woi. jap jap. 4 orang yang sangat bertuah tu adalah:


closing date: 11.59PM pada 1st May 2011


Wednesday, April 13, 2011

Dayana AZ dan MiszyDian's buat LUCKY DRAW!


okay. macam yang i cakap dekat entry GA miss peony pinky, i jumpa Dayana AZ dan MiszyDian's luckdraw. yehaa!! :DD

tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu. kan? so, i hanya cubacuba tuah. dah 20 years i hidup tak pernah sekali pung menang luckdraw. tak luck je i? *err. maybe belum ada rezeki. hehe :)

3 orang yang i tag:


below apa yang you all kena follow untuk join this luckdraw. *i copy je. good luck! :D
1. terbuka buat follower Miszy Dian dan Dayana AZ .. means kena FOLLOW :)
2. buat satu entrI pasal lucky draw and letak tajuk 'Dayana AZ dan MiszyDian's buat LUCKY DRAW! '
3. letak banner lucky draw kat entrI, dan linkkan ke entri ini.
4. tag 3 orang blogger and make sure mereka tahu :)
5. hantar nama dan link kamu di bahagian comment ENTRI Miszy Dian sahaja :)

Tuesday, April 12, 2011

Yuyu Zulaikha-Ferrero Random GiveAway


wee. wee. i join GA ouhhh. serious ini first time i join any contest or giveaway. *oh sgt excited!

mulamula i tak tau anything pasal yuyu zulaikha. but then ada one of my friend cakap she's one of famous blogger.
tu yang i pergi usha. *sumpah i tak niat langsung nak kipas u yuyu. cerita benar niyyy. :)

langkah kanan i kelihatannya. ushausha tengok yuyu zulaikha ada open GA. *ahh. sangat kebetulan! heh.

tapi dah kurang lebih from a week. *yuyu, accept mine also pleaseeeee! :'(

alright, let me explain roughly about this GA. *join laa weyh! simple gilaa dia punya rules. :DD

... buat entry bertajuk Yuyu Zulaikha-Ferrero Random GiveAway. *done!
... letak header yuyu di entry tersebut. *done! bapak senang kan?
... babling sikit. *done. ini lagi senang. heh
... TAK TAG PUN TAK PE. *done. oyeah!
... hantar url ke entry di yuyu's blog. *http://kupukupukecik.blogspot.com/2011/04/ferrero-random-giveaway-jom-join.html. jap2. okay done!

apa hadiah nya? ini the best part. macammacam adaaaa. paling i teruja yang skirt alaala yuna. ohmygoat! *i dalah admire fashion yuna. nak, nak, nak!! you all tengok lah sendiri okay dekat page yuyu apa hadiah yang lain tapi confirm semua bestbest.

doa: YA ALLAH, BERIKAN LAH AKU MENJADI PEMENANG. aminnn ya rabb *kalau boleh nak skirt ala yuna tu! hehe :)




Monday, April 11, 2011

HANGER SHAWL @ TUDUNG SALE!

hye to all bloggers! i ada good offer kat sini.HANGER SHAWL, TUDUNG, BELT, TIE OR MAYBE YOUR ACCESORIES (ex:reben atas shawl). gambar nya di bawah okay! :)



actually, i jual satusatu. tapi untuk yang without involve postage. beli satu rm9. beli dua and above rm8 each. murah kannn??
untuk yang involve postage, i hanya jual 5 and above.
you all shareshare lahh dengan kawankawan! weee
more than 10 i akan reduce the price.

details:

28 lubang.
macammacam warna available! :D

1 = rm8
postage = rm7
so rm8 * 5 = rm40 + rm7 - rm47 only.

harga kat luar rm10 and above.
okay lahhh dapat save sikit. beli untuk mummy, diri sendiri, kakak, adik dah cukup 5. heh
anyone yang berminat, PM i di facebook ya!
Sabrina Shuhaimi.

cepat, while stock lastttt!!


Tuesday, April 5, 2011

perempuan dan jilbab.

sekarang macammacam style gadisgadis pakai jilbab. pakai shawl letak reben dikepala, pakai shawl crumple, pakai shawl pashmina, pakai shawl kedut yuna dan bagaibagai lagi. haa. lagi satu pakai shawl dengan hairband. (ingat gadisgadis free hair je ke boleh pakai hair band? HEH)

i as a girl who wearing a jilbab also follow up lahh dengan fashionfashion yang macam tu. takut ada mulut langsi bilang perempuan yang berjilbab tak stylo; kuno; out to date. ehem. i bukan maksudkan i sangap title 'stylo' tu, okay?
:)

alritee2. i selalu pakai shawl crumple. seriously dalam banyakbanyak shawl itu yang i paling selesa. give me 5 minute je. boleh siap punyaaa. lagi pun tapayah nak sibuksiduk kena iron lahh, apa lahh. in short, sangat memudahkan!

tapi i mula panas hati bila i jalanjalan ada certain lelaki mulut macam longkang cakap macam niy:

"ish..ada yuna lahh"

"alahh. niy tiru gaya yuna lahh niy"

"oh bulann, enggan melayan diriku lagi..(nyanyinyanyi lagu yuna)"

dushdush!
sekalidua, i diam lagi. masuk kali ketiga i mula up suara.

"a'ah. memang ada yuna pun dekat muadzam niy. batak ke?"

aishh. itu baru sedikit. malas nak jadi gadis yang kurang diajar. hey you! kawankawan i pun ramai je yang mengajing. tapi, itu antara i dengan kawankawan. guraugurau benda biasa. standart lahh. you yang tibatiba datang celah mana sukahati je nak menganjing i. dan i bukan bodoh nak differentiate mana satu gurau manja dan gurauan yang tujuanya nak meyakitkan hati orang.
DAA!

incik, one more thing, tak salah rasanya i nak tiru yuna ke, apa ke. dah beliau artis. memang trend dan style confirm akan ada orang yang admire atau mengikut. itu lumrah. bagus dan mulia rasanya i ikutikut trend artis berjilbab daripada tiru style artis berbikini ke pantai. kan?

berjilbab bagaibagai dikatanya terikutikut artis. semak. sakai. macam ninja. macam pakai helmet (bila wearing syiria). tak berjilbab dikatanya tak ada maruah. dah barai. tak boleh buat bini. mahu apa lagi lelaki jenis niy?? I TAK SURE. I CONFUSED!

SO,
diam sudah untuk lelaki yang tak suka gadisgadis sekarang berjilbab bagaibagai trend. tak suka tengok, you boleh butakan mata. mulut dibisukan; silent. tak payah nak jadi juri tak bertauliah sibuk nak judge orang lain.
i dan gadisgadis lain nak berjilbab shawl ke, syiria ke, pashmina ke, NOT YOUR BUSINESS.

tutup mulut, tutup mata, berambus jauhjauh.



hey hey! jangan blogging siasia. sambil blogging pun boleh dapat duit tauuu :D

alritee. tadi i bw sana sikit sini sikit. then terjumpa benda niy. honestly i pun tak reti apa. just daftar. you all boleh tengok sendiri okay. clik dekat banner niyy:



summarize: heartBeat is one company yang jual sourvenir yang unique and of course lahh cantikk. produk niy you all takkan boleh dapat from any other sourvenir shop di Malaysia. all of them di design kan special ikut taste customer. :)

first step:

click banner kat atas. done? :D

second step:

click at "let us start"


third step:

click at "create account"



fourth step:

fill up form tu, then if dah siap click "continue"



fifth step:

click at "Join HB!Affiliate"

p/s: dekat this pict "MY" tu sebab i prt scn from my account, you all ikut je step yang i bagi okay! :)

sixth step:

click "online application"

p/s: you all can find from "PARTICIPANT IS EASY AND FREE"

seventh step:

fill up again the other form and if dah siap click "continue"

eight step:

click at "MY HB!Affiliate" untuk dapatkan banner

p/s: refer to ganbar dekat fifth step

ninth step:

click at "get a code" untuk dapatkan code html banner

tenth step:

copy and paste code tersebut pada your own blog.

eleventh step:

YOU ARE DONE!

:)

Saturday, April 2, 2011

SMKS 18. (aku rindu zaman dulu!)

form 1:



Masuk SMKS 18 masingmasing baru nak kenal. takuttakut dengan kakak senior. ingat lagi masa tu aku paling takut dengan kak pah tak silap nama dia. tengok junior macam nak telan wa cakap sama lu. goyangggg. serious ouh. kena bagi salam lah, apa lah. lumrah junior. paling dibawah, jadinya kena mengikut adat.


Biasa lah budakbudak gaduh sikit, blok A kutuk budak blok B. HEH. aku dulu dorm FATIMAH. aka FATTY A. (sumpah kalau ustazah kadhijah bagi permission, aku nak kita semua spend time one night dalam dorm tu!). KAK ALICE aka CHAZLIS. sudah kira macam protector budakbudak FATTY A. semua orang sayang diaaaaa!



form 2:



Okay, sudah senior sikit. dah ada junior. tuuu diaa! aku tak kerek sangat dengan budakbudak junior rasanya. tapi kalau yang stok buat muka panas tu memang kena point lahh kan. HAHA. (jahat kau niy sebb :D). pastu kita start kawankawan dengan BIG SHOW. korang ingat kan? order burger malammalam. petangpetang bajet hebat sikit fly pergi beli ice blanded depan sekolah. weeeeee. eyh, malam yang kita buat PENTOMEN. time form 2 kan? walaweyhhh. agak berjaya bendalah tu seingat aku! :))


Aku tak sure antara form 2 atau form 3 tapi kita ada pergi tarian merdeka kat putrajaya.

kena lempang ouhh dengan CIKGU NORMA sebab amik air milo tak bagi tau dia dulu. bapak

maluuuuu. haha. then balik mulalah semua melepaskan rasa tak puas hati tuuu. sorry cikgu! :)


p/s: tak banyak yang aku ingat untuk form 2. sorry form 2. ahhaha. tapi aku ingat aku seorang pengawas. pengawas yang selalu backup member time perhimpunan. time amik nama budakbudak lambat pergi sekolah macam BAYAH. macam AFIRA. dan dll. (haha. terbajet pulakkk)



form 3 (ini zaman kegemilangan):



MAKIN SENIOR! jadi kita semua MAKIN DEGIL! ikut kepala sendiri je masingmasing. tolak kereta kuning macam dalam sembilu kasih milik PUAN AKMA. berguniguni mengutuk MAK GUARD 'ROSE' (bapak scary perempuan tu. kata orang dia ada scandal dengan PAK GUARD nama.. nama..errr. tak ingat. heh). budak ASPURA laki jahat pergi balinh mercun kat pondok 'awek' tu time dia tidur. HAHAHAHAHAHAHA


Kita punya relationship dengan budakbudak ASPURA pun bukan baik mana. gaduh memanjang. HEHE. punya nakal sampai kita kena jemur tengah panas. sebab tanak turun rocoll. senior ada yang menagis tengok budak form 3 punya kenakalan. buat mural pun macam tahi. bukan mengcantikkan dinding tu. lagi buruk adalah. (standart orang buat kerja tak ikhlas) SORRYYYYY :'(


Okay aku admit at this stage manamana dulu yang tak rapat, ada kutukkutuk sudah kamceng. kawan baik kut! hehe. haa. jangan lupa pasal histeria. aduhai. si ROSE tu mulalah menggebang. dia bagi tau hantu tu cakap kita semua selalu buat bising sebab tu 'dia' kacau. (?? iya kan jelah kata kak ROSE tu. dalah dalam bilik dia penuh botol kosong dan gambar kubur.)


Kasik pendek story niy kita skip sampai dah habis PMR. yahooo! merdeka wooo! tak pergi sekolah. keluar masuk asrama macam parents kita yang punya sekolah. haha. then fly pergi cyber cafe. tulah first time aku ada email. ada myspace. thanks kawankawan yang bikin kan untuk aku tu. :P japjap. lupa nak masuk nama CIKGU SABARIAH. important player too dalam mengindahkan life form 3 kita (errkk). alamakkkk. also USTAZAH KHADIJAH! :0



Dear friends:



1. sorry if ada yang aku tersilap mention; atau ada manamana event yang aku terrmisss. (pasal kita selalu lepak kat pondok dan gaduh dengan budak bukan arab form 3 kan? hehe) :D



2. aku pindah teknik waktu form 4. seriously kawankawan aku yang baru dan lama DIFFERENT. (nobody lah boleh replace korang!) First second week aku, zati, nad, zack selau sedih tau rindu korang yang lainnn



3. aku nak list down semua nama takut nanti ada yang terasa sebab aku tertinggal siapasiapa punya nama. jap. aku try jugak eyh. yang tertinggal maafffff! :)



-aku (seb)

-bayah

-zati

-firah

-zack

-ned

-ika

-bushra

-pikah sarawak

-capap

-milah

-mike

-sarah

-shy

-june

-pikah

-deng

-pipah

-wani kama

-mun

-by2

-by3

-zana

-adha

-ummi

-azlina

-radhiah

-mok

-dll. (aku tak ingat! heh)



4. tujuan sebenar aku dalam story niy ialah USTAZAH KHADIJAH dan PUAN AKMA mesti sangat banggga dengan kita. aku tak cakap kita semua dah berjaya dalam hidup. tapi kita semua sucess untuk study sampai ke ipt. capap, ika, nab wakil kan kita semua study kat overseas. ALHAMDULILLAHHH :)



5. to yang read this one, thanks eyh. aku sayang korang semua dan kenangankenangan dulu!

yb,



SABRINA SHUHAIMI

:) + & <3



p/s: this one from doc i write on fb. special tribute to SMK Seksyen 18 PMR 2006


Friday, April 1, 2011

COUPLE : SMS SERAM INI DARIPADA 'AGEN SYAITAN'...



1. salam. Blh sy kenal awk? Sy tertarik dgn prwatakan sopan awk. Dah lama sy prhatikn awk. Awk dak baik n sy trtarik la dgn tudung labuh awk. Sy harap kite bleh brkenalan.. ukhuwah fillah org kate..sy x terer sgt arab ni…

2. Trima kasih krn mnerima sy. Sy akan try sedaya upaya sy mnjaga awk dan mgikut syariat. Sy tau sy bukan baik sgt, tp demi Allah, sy cuba buat yg trbaik utk awk…

3. Ingat tau, jaga aurat leklok..jgn bagi org lain nmpk..kuar ngan kwn2 tau.. jgn sorg2..blk contact sy ek..sy doakan awk selalu..

4. awak,nape x contact sy. Sy risau awk kuar lama2..ye..mmg sy xde hak pun..sy tau sy percaye awk, tp sy x tau la nk kate cmne. Kite slalu nmpk dari jauh je ek.Tp sy rasa awk mcm dkt je ngan sy. Mgkn ni org kate cinta kot, wak..awk cinta sy x? xnk bgtau.. tp sy tau awk cinta sy..awk da malu nk jln tmpt sy lepak sbb malukan?..kih3. .tq.. i love u too..

5. Wak,selain family, Allah dan rasulnyer.. awk sayang sape ek? Sape saya dlm hati awk?


6. Wak wak..dr kawan kite just pggl sy awk je..mcm x special plk diri sy utk awk. sy tringin gak nk jd cm room8 sy ni. Pggl syg.. bole ke? Awk pggl sy bi ek? Rasa mcm baby sket. X salah kan.. just panggilan je..thanks syg.. love u... ..

7. Yang. kekdang bi tgk syg ni mcm x prcaya bi je. Yela, bi just tanya syg pkai apa je kan .. tq ek gtau, mkin dalam pulak rindu kat syg ni... .hihihi..

8. Yang bi nak syg tau, sayanglah segalanya utk bi, syg la pmberi semangat utk bi... yang... ..bi harap bi ngan syg xde rahsia lagi ek.. jgn risau..inikan membuktikan bi caring.. so jgn risau..k..yeye. . bi janji kan jaga rahsia kite..just msg je kan..love u..papai.. mmuahh!

9. Syg..da lama kite msg, leh kite jumpe x? ye..ayang bwk la kawan2 k..tq yunk! i love u.... ..

10. Tq pggl bi ngan pgglan abg.. abg tggu lame da..abg tau..kite x leh pakse dlm hubungan..la iqra hafiddin..hehe. . sikit sikit je..kih3..

11. Hi syg, watpe 2? Nk ckp sket.. nape syg bwk satu battalion nak jumpa abg?... syg x caye kat abg eh.. huhu..

12. Syg..kite jumpe k?..abg suka syg pakai tudung yg abg beli tu..cam wardina lak..bkn syg x cntk.. just nmpk mkn cntk la..nipis sikit je.. nnt jumpa nnt syg bwk sorg dah la k..

13. Syg..abg sory ngan apa jd td.. abg trsentuh jari syg td.. Tol gak ckp syg eh, trsentuh xpe..TER.. hehe..makin tebal la pulak cinta abg kat syg..

14. Thanks jumpa td, syg cntk la.. Ololo..abg romantik sket pun salah ke? Ske abg romantik ek? Hehe.. Eh, td jumpa abg da berani tenung abg ek..hoho.. tgk td kwn syg cam ske kat kwn abg je.. senang la kita jumpa pasni.. tgk..Allah memberkati hubungan kite.. syg solat dah ke? Doakan abg skali ek..miss u..

15. syg..just nk tanya.. syg cinta bg berapa percent? Apa tandanya eh? 50% je... huhu..yang. . just nk tanya..rambut syg panjang x? just thinking of u at the moment…

16. Td terbeli tudung pendek.. yg abg bg kat syg tu.. syg..bg la gmbr syg special untuk abg yg pakai tudung td 2.. Cntk nye syg..gambar ni nak wat wallpaper hp ngan kompter abg la..

17. Yang.. syg cintakan abg berapa percent? Sepenuh hati Thanks syg..love u too.. abg janji, abg akan jaga syg baik2 dan xkan tinggalkan syg...

18. Syg..da lame kita couple kan.. xkan abg pegang tgn pun nak marah.. Syg kan milik abg.. Thank 4 being understanding. .

19. Syg kata Syg cintakan abg sepenuh hati.. kalu gitu..apa buktinya Syg cintakan abg..?

SELEPAS ITU BARU BERMULA ZINA YANG SEBENAR...

****************************************************************
20. huh!... syg mengndung? tahu kat ne... cube check balik dgn doktor... xkan sekali buat dah mengandung, check balik k..

21. huh! btol la syg mengndung ni?? syg, utk kebaikan kita berdua, lebih baik syg gugurkan kandungan tu.. gugurkan k..

22. Nape plak xnak? xberdosa la klu bunuh benda yang masing xbernyawa.....gugurkan jelah!!! jgn buat masalah bleh x!!


23. xsakitlah!!! nape manje sangat ni! xkan bnda mudah cam tu pun xbleh buat..

24. sori syg, abg xbleh temankan syg ke klinik tu, abg malu klu terserempak dgn family or member, malu la abg klu diorg nmpak abg bwk syg dgn perut syg yg besar tu..

25. Ape!! RM 5,000?? kau yg mengandung... kau cari sendiri la duit nak gugurkan anak tu.. bukan masalah aku.. lantak kau la... bukan masalah aku jgak keluarga kau pulau kau.. kau tu yg bodoh!! kau ingat kau tu cantik sgt?? aku dah xingin kat kau!! pergi mmpos!

26. jgn kol n msg lg bleh x?!.. aku sbuk.. xde masa nk layan kau!...

27.(terputus hubungan)
- wanita itu mati akibat kegagalan proses penguguran..
- si lelaki mencari mangsa baru..
- dan kejadian terus berulang..

ITULAH KEBANYAKAN YANG TERJADI DI DUNIA KITA INI...


reminder to you and me.