Thursday, December 8, 2011

cerita booth kecil sekangkang kera.

credit to fatin azemi.
<3


semalam, 7hb December.
satu booth aku open setelah sekian lama.
seingat aku paling akhir sebelum mula semester baru.
5 bulan lepas, mungkin.

tapak harga rm20.
rm20?
kelihatan kecil mugkin bagi separuh kamu.
tapi,
aku lihat rm20 satu jumlah yang dalam nya terkandung sejuta risiko.

yeah. tapak itu cost nya cuma rm20.
tapi risikonya pada barang yang hendak diletakkan di atas tapak itu.
mahu berniaga cuma dengan barang yang cuma seketul dua?
ah.
takut dibilang aku punya booth yang hidup segan mati tak mau!

risiko aku telan.
mahu dicampak kemana jualan tak laku?
modal mahu dibiar hangus, hancur?
jadi,
aku tekad. nekad.
pergi KL bersama dia.
dia itu siapa, tak perlu kamu tahu.
dia yang sudah banyak membantu aku.
cukup.
walau pada hari opening booth dia hanya terbongkang dirumah.
heh.

rm*** aku laburkan untuk 7hb December.
duit pinjaman dari PTPTN yang pastinya.
terima kasih PTPTN!
ramai bikin cerita kamu serupa ahlong,
tapi,
bagi aku kamu memang banyak menolong!
bersyukur aku ujudnya kamu.
seriously. (moga aku dapat ijazah kelas pertama, terlepas aku dari sebarang bunga.)

:)

singkat cerita,
di akhir jam enam petang,
aku diminta berikan jumlah jualan.
dengan gigih aku bertolak tambah.
mujur ada calculator.
aku kaget.

total sales: rm 1***

nahhhh reen! (nama si admin)
bisanya booth kecil sekangkang kera sampai ke tahap itu?

terkejut?
sila jangan.

semua-nya rezeki ALLAH.
bukan rezeki anak kerana aku masih belum dirisik, dipinang, mahupun bernikah.
alhamdulilah.
walau aku insan jahil bersalut dosa, DIA masih disisi; sayangkan aku.
diberinya cuaca baik.
terik.
dan,
DIBALIK SETIAP KEJAYAAN PUNYA RISIKONYA TERSENDIRI.
aku teguh dan yakin percaya pada yang satu itu!

terima kasih pada yang banyak membantu.
kamu kamu dan kamu promoter terulung!
mahu aku senaraikan nama? .senyum.

risiko pahit.
 MULANYA.
namun,
jadi manis macam gulagula kapas akhirnya.
.senyum lagi.

ziera sudah kelihatan termangu.
barang bertimbun semakin surut. mahu shawl ? maaf, ia sudah sold out.
:)


flat shoes merah dan biru harga rm30.
rebutan ramai si merah dan biru itu pada 7hb December.

Saturday, November 19, 2011

aku. sayang. kamu. (tahu?)

ini AKU. bersama shades dan batangbibir (lipstick) pinkjambu.




SAYANG. nah ambil pokoh hati niy. dan ianya pinkjambu lagi. kucing berdua tu sebagai doorgift.


kan KAMU. kenapa rambut kamu nampak curly? ahh. persetankan.



whether kamu TAHU atau tidak, its okay. mari kita belajar, cari kerja, cari duit dulu. oyeah! 


AKU SAYANG KAMU. (TAHU?)

berjiwang bagai pula aku di tengahari sabtu. sambil makan kudap kudap yang dibeli di pantai selamat (ianya pasaraya). ohhhh, sweet kan aku? hehe

 :)

berniaga. business.

aku baru balik berniaga. bukan berniaga di pasar malam mahupun uptown/downtown. niy aku berniaga direct selling. dari pintu ke pintu yang lain. korang pernah try? pernah mencuba cuba?.  :)


soalan bawah paras normal: 'err, kau tak malu ke weyh?'. okayyyyy, aku jawab ya?. 


macam ini jawabnya. 


perghhhhhhhhh mau nya tak malu! soalan apakah macam itu. hah, aku gadis melayu terakhir yeah. cakap ibarat sedang berbisik. berbisik pun macam dengar bunyi angin sepoi sepoi je. laksana ada jongkong emas plus gigi emas dalam mulut aku niy.  

choyyyy. okay aku tahu aku menipu. okay, back to business. actually aku bukan seorang yang shy shy cat sangat. aku chaos bila lepak bersama kawan. aku gelak kuat kuat. (my weakness. heh) but seriously lah kan kadang kadang ada muncul jugak perasaan malu tu. sangat mustahil if aku tak ada langsung sifat pemalu. aku masih perempuan dude! haha. lagi lagi bila ketuk pintu then orang yang kita tak kenal langsung yang bukak. dan lagi lagi lagi malu dan segan bila satu ketul barang pun dia tak interested nak beli. hoho. every time orang dah belek belek nak beli kan, aku dalam hati sibuk cakap 'beli laa beli laa. tolong la beliiiiiii..'. hahaha. macam desperate ke? tak kan? itu boleh kira macam doa lah aku rasa. mengharap orang tu terbuka hati nak membeli. hehe. 

dan, aku sangat lah bersyukur sebab aku bukan jenis orang yang malu tak bertempat. alhamdulilah! aku punya ramai kawan yang pemalu. bukan aku mahu speak out yang malu itu salah. sungguh tidak. tapi kena berpada pada dan haruslah bertempat! ini tidak. nak bercakap malu, itu malu. ini malu. lol.

what the most important thing, sejak hati aku terpaut pada business :) aku perasan aku punya high self confidence and also high self esteem bila nak berhadapan dengan orang lain. cool kan? 

ada jugak kawan kawan aku yang kurang minat beniaga. itu aku tak boleh nak comment anything. minat bukan subjek yang boleh dipaksa-paksa. it born naturally and without we noticed about it. seriously. bagi aku jadi seorang yang mesra alam dan kurang penyegan satu advantage yang sangat great. harus dan wajib dimanfaatkan! bukan setakat boleh cakap pompang pompang kat belakang tapi sezahrah habuk pun tak ada. aku buat statement macam niy since ada few kawan aku yang sangat sangat lah talkative hyperactive lawak gila babs dan mampu menggeletek usus anyone. tapi bila suruh ke hadapan public example untuk speech or anything tak berani pulak. kenapa eyhh (?) jawapannya mudah. bukan semua yang 'tak pemalu' niy punya high self confidence. kan?

ohhh, sudah sudah rasanya untuk this entry. what ever  is it, alhamdulilah. untuk apa yang aku dapat today. moga Allah buka kan pintu rezeki aku dengan seluas luas nya. aminnnnnn

 :)

Saturday, November 12, 2011

aku tahu.

aku tahu kau mengata aku. berbakul bakul.
tapi aku diam.

aku tahu kau pretending depan aku.
tapi aku diam.

aku tahu kau update status di Facebook pasal aku.
tapi aku diam.

aku tahu kau fitnah aku.
tapi aku diam.

aku tahu kau perli aku.
tapi aku diam.

aku tahu kau mmenipu aku.
tapi aku diam.

aku tahu kau sorokkan banyak benda dari aku.
tapi aku diam.

aku tahu kau mengata orang lain jugak, tapi depan orang tu kau bermanis mulut.
tapi aku diam.

haihhhh. its okay. cukup kau tahu selagi boleh diam, aku diam. aku telan. lantak lah kau nak perli atau mengata aku. aku dapat pahala bhai. terima kasih lah sebab bagi aku pahala. bukan niat aku budget innocent. sumpah. dan bukan niat aku nak bertalam 30 muka. aku cuma malas nak bergaduh, bermasam muka. malas nak layan orang noob macam kau. tak pasal pasal aku pun jadi noob jugak nanti.

Friday, October 28, 2011

mintak kebenaran?

nak guna i ke? gua ke? aku? ahhh. lantak lah. aku jelah yeah. okay. serious this is the short one. aku nak keluar kejap lagi niy. tadi aku mintak kebenaran dari babah, yolahhhh. sekarang dekat rumah. kena mintak kebenaran ouh kalau nak keluar.

aku:  'babah, kejap lagi adik nak keluar'. 
babah: 'pegi mana?'
aku: 'jalan jalan je. nak buat assignment sekali.' (serious aku tak menipu)
babah: 'okay.'

urgghhh, kenapa kalau mintak permission keluar dari mama tak seringkas dan semudah ini?! dan ini bukan pertama kali aku guna taktik kotor macam niy (kotor ke?) heh. dengan babah semua boleh. kalau dengan mama conversation niy akan berpanjangan berjela-jela sampai nak balik pukul berapa, dengan siapa, naik apa. dah macam inspector polis lagaknya. tau lah ayah dia (tok wan aku) bekas polis zaman dahulu kala. haha. kawan kawan aku pun ramai cakap mummy diorang macam itu jugak. err. okay lahh. aku dah cakap short kan? nanti nati cerita lagi. chiowwww

Saturday, October 15, 2011

pahit, bingit, sakit, perit. SULIT.

aku menaip. sampai separuh jalan acap kali backspace itu ditekan. habis licin semua yang tertaip. putih bersih. bukan disengajakan. tanpa direlakan, seriously.tapi aku belum punya kekuatan untuk bagaimana memulakan dan menamatkan cerita itu. banyak hati perlu dijaga. banyak aspek perlu diambil kira. banyak sebenarnya yang aku mahu cerita, perlu diceritakan. tapi yang pastinya bukan sekarang.--nanti nantilah. biar aku simpan diam diam selagi terdaya.






--------

makan pahit.
muzik bingit.
tubuh sakit.
jalan perit.

semua sulit.

                                        

aku quotes yang ini,








Thursday, September 29, 2011

kurang ajar.


aku rasa bukan noktah sepatutnya jadi pengakhiran abjad untuk title entry niy. yang lebih layak dan berkuasa seharusnya diletakkan tanda SERUAN. 

kau tak berduit. kau sedar itu. tapi kau tak beraction seperti yang sepatutnya, yang seharusnya. kau kenal aku, aku kenal kau. bila kawan mintak tolong topup kan, aku jadi serba salah. nak tolong, aku tau potensi kau nak bayar dalam waktu terdekat sangat tipis. nipis. aku orang berniaga, kalau 10 orang macam kau asal topup masuk buku 555 tak ada functionlah aku berniaga macam tu. tak tolong, nanti kau kata aku tak menolong kawan waktu susah. aku dalam dilemma. finally aku buat keputusan untuk tolong kau. every time kau nak topup, aku topupkan. sampai satu masa, aku sedar jumlah hutang kau dah menggunung. aku terus taip pesanan untuk kau. tapi aku berkalis kalis. berbunga bunga ayat aku. siap ada smiley bagai. segan gila nak mintak kau bayar hutang! kau reply. tapi berita buruk, kau cakap tak ada duit. ayah kau belum bagi duit saku bulanan. card bank pada ibu kau. duit pinjaman belum diterima. okay fine. BERBULAN aku bagi kau peluang. aku duduk diam. nak tengok jauh mana effort kau nak langsaikan semuanya tanpa aku minta. tapi kau terus buat dungu, dungu, dan dungu. maaf kata kata aku kesat. tapi itu yang selayaknya untuk engkau. lagi sekali aku mintak selepas sekian lama. eh, kau bayar jugak at last! aku happy. dalam hati aku doa kau tak ulangi yang sama lagi.


tapi.. sekarang kau dah start balik perangai dungu itu. dan kali niy aku lebih berhati hati. persiapan aku lebih rapi. kau berhutang cecah rm30, aku terus text. aku text baik baik. cukup sopan aku kira. dah habis sopan senang cerita. ahaaa. terima kasih aku hadiahkan atas jawapan celaka yang aku terima dari kau! kau berkurang ajar. itu yang bikin aku panas berapi. aku malas mahu taip panjang panjang ayat kurang ajar kau tu. aku berniaga sebab kurang duit, jadi aku mahu duit extra. tapi kau buat macam aku anak hartawan, dermawan yang boleh tabur duit pada yang memerlukan. aku bukan itu! aku dah muak dengan perangai kau. tak payah bagi alasan basi kau lagi. busuk dan memualkan. lepas niy aku takkan tolong kau lagi. kalau kalau kau terbaca aku mahu pesan, sorry to say kawan. kau dah lukakan hati aku. jadi tak salah kalau kau pun terluka. sekian.

Friday, September 23, 2011

i'm here, again.

when i was a little girl i always curious and wonder when i will grow up? 'aku nak cepat cepat habis form 5, masuk U, kerja, kahwin!' what a nice ending dude. and yeahhh. looking my self in the mirror i can proudly say that "aku dah besar sekarang!" (even belum capai 21. kunci hidup, kunci kebebasan kata orang.)  

i admit EXTERNALLY i'm happy with life's now. but, deeply inside there is one worst thing i hate about growing up or get out from the school stuff. and yet, the worst thing is about LOOSING my BEST FRIEND! seriously, after 2 years i'm here (university) doing foudation and now struggling for degree i found NO ONE. none of BEST FRIEND. what a pathetic!

i always craving for someone. someone who i can make others envy as only i who is having a very very very best friend. sobs. sumpah tak ada mana mana kawan yang boleh replace korang. tidur sama-sama. golek sama-sama. menangis sama-sama. gelak sama-sama. makan sama-sama. rehat sama-sama. there is toooooo much SAMA-SAMA in my life when around them!

which part i've messed up i really can figure it out. i didnt and cant put the blame on anyone since i know who am i. just a poor and not a perfect girl.

:)

If past 10-12 years ago i wondering when i will grow up, now i wondering if there is any chances i can go back to my past, my old memories..



credit to google


Saturday, July 9, 2011

api-api.

aku memang seorang yang baran, panas baran. hot-tempered. and yeah, aku mengaku bahawa aku cukup senang untuk melakukan carutan. makian. heh. and, today aku mahu buka kisah silam. kisah sadis aku. trying to reminisce the past.

dulu aku ada seseorang dihati. yang mana bagi aku dia sangat panas baran. selalu maki-memaki. salah sedikit aku confirm kena marah. tapi, aku api. dia api. siapa yang bisa jadi air kalau dua-dua sedang terbakar? bukan niat aku nak melambung-lambung diri sendiri. but, kenyataannya aku selalu jadi air dalam paksa! hati aku memberontak. tapi hanya dapat aku simpan kemas-kemas, diam-diam. semuanya kerana sayang. itu yang buat aku diam.

hari makin hari, rasa sayang itu makin pudar. buat itu salah. buat ini salah. yang paling terbaik kalau aku jadi kera sumbang. jadi katak bawah tempurung. tak boleh mahu bersosialize. hey, aku remaja. remaja yang mahu hidup suka suki, gembira sana-sini. lagi pula aku api. aku sangat panas hati bila aku, kau control begitu begini. :'(

kata kau, kenapa aku sibuk mahu bersosial dengan rakan-rakan sedang kan aku sudah punya kau. dan ini jawapan aku. aku hanya jadi girlfriend kau. tapi aku tak pernah dapat jadi kawan baik kau. bila dengan kau, aku bukan aku. aku tak jadi diri aku. sobs. aku mengaku yang aku hilang ramai orang hanya untuk bersama kau seorang.

jadinya, itu bikin tempat tempat dia dihati aku macam satu hentian. satu persinggahan. relation kau dan aku makin lama makin hambar dan at last, ia sampai ke titik pengakhiran. trying to mending a broken heart memang payah. kau buat hati aku berparut. tak mungkin ada tempat untuk kau lagi.

senang cerita, relation api dan api memang tak akan menjadi. itu persepsi aku. magnet negative berjumpa another negative pasti saling menolak. tak akan bercantum. tak akan jadi satu sampai bila-bila! aku api. jadi aku perlukan air. atau maybe angin? atau maybe juga tanah?
who knows.
 :)

-biar jiwa bersuara-
fynn jamal

Sunday, July 3, 2011

kau tahu tak apa maksud BERSIH?

nah yang ini aku ambil maksud dari kamus dewan bahasa dan pustaka. BERSIH maksudnya:

1. keadaan bersih (tidak kotor): menjaga ~ sekolah
2. perihal bersih (udara, air): ~ udara yg menyihatkan badan
3. perihal bersih (hati), kesucian, kemurnian: ~ hati nurani

kenapa aku tiba-tiba rajin melawat website DBP dan lantas mencari apakah yang dimaksudkan dengan BERSIH? ini ceritanya:

aku membeli beli jualan di pasar malam. tiba-tiba ada pakcik tegur "dik, bahaya pakai baju kuning niy," kata pakcik yang mungkin origin dari Muadzam Shah. eh? kenapa bahaya? tapi tidak pula aku suarakan question itu. hanya bermonolog dalaman. HEH.

aku diamkan persoalan itu sebab aku pikir maybe pakcik origin hanya mahu bersandiwara. sampai tapi tadi aku terbaca satu artikel. artikel pasal perhimpunan BERSIH. ohhhh.. patutlah pakcik tu cakap bahaya. rupanya orang orang BERSIH pilih baju bertema kuning. haha. aku bukan BERSIH laa woi! :)

baca punya baca aku boleh buat satu konklusi. tapi aku takut nak taip. takut ada bau bau racist. takut ada bau bau politik. aku belum ada hati mahu bicara pasal politik. betul ke Anuar Ibrahim yang jadi actor dalam video ***** ke, apa ke, semua aku tak ambil pusing.

eh, aku bukan kera sumbang! tapi tuntutan aku sebagai student lagi penting rasanya untuk masa sekarang niy. apa point aku bagi maksud bersih? haa. itu aku dedicate pada orang orang BERSIH. masing masing Allah bagi otak. jadi sila gunakan untuk berpikir. jangan dibuat perkasam.

pulak tu. pergi pilih kuning tu kenapa? tak kasihan pulok kat maskot digi. tak pasal orang tuduh dia budak budak BERSIH. haha. dush dush. main main eyh kau niy sabarina! :O

err, hey pakcik origin! thanks yaww sebab tegur baju kuning saya tu. bertambah satu jenis ilmu. nak harap tengok berita, baca surat khabar, memang tak terkhabar lahh berita tu kat aku. hehe

to Malaysians, sudah sudah lah tu. semua duduk diam diam jaga tepi kain masing masing kan senang?
:)
-biar jiwa bersuara-
fynn jamal


ERK?



Saturday, July 2, 2011

selamat hari kamu dilahirkan!


agak lambat aku update post niy.
birthday kau dah berlalu kelmari dan kelmarin lagi.
aku buzy?
ABSOLUTELY.
btw,
aku wish kau happy.
selalu happy.
dapat anak bini yang ingin kau cari!

:)

ehh kau!
maaf tau.
 cake yang murah aku beli.
kau tahu kan aku punya kondisi?

STUDENT yang TAK ADA GAJI!

terasa dah habis sweet aku niy.
hehe.

thanks juga pada kamu kamu yang sudi membantu.
cover itu ini.
supaya suprise party kita menjadi.
muahhhhh.

aku sayang kamu semua sepenuh hati.


-biar jiwa bersuara-
fynn jamal.


Friday, June 3, 2011

bila jerawat nak berambus? :(

masa form 1- form 2 mama cakap biasa lahh kalau ada jerawat.

itu hormon.

sekarang, umur sudah 20.

jerawat tak pergi-pergi.

hormon ke apa niyyyyy?!


*--*

Sunday, May 15, 2011

kalau betul.

kalau betul awak rindu dia,
kalau betul awak sayang dia,

JUST GO.

seketul pun tak ada niat saya untuk jadi si batu penghalang.
apalagi mau jadi seperti pengadang jalan;

antara awak & dia.

saya depress. betul betul punya depress.
rasa mahu jerit satu dunia yang i'm really disspaointed!

lagi lagi cliche reason.
rasa mahu vomit every time reason yang sama awak repeat.

sampai kali niy saya sudah cukup muak. cukup menyampah sampah.
hey, give me some time. sedikit pun cukup.

sila berhenti hantar message panjang berjela.
tak payah susah payah nak defend diri, explain itu ini.

saya bukan anak kecil lagi.
saya boleh pikir mana betul, mana salah.
mana baik mana buruk.

sekarang saya hanya mahu diam.

titik.

Monday, May 9, 2011

pakai shawl less than 2 minutes! :D


hey. hari niy gua nak share macam mana gua wering shawl crumple. tapi tak sylo mana lahhhh. heh. this one first time gua upload own video. *macam ss pulak gua niy. HAHA
its okay lahh. gua just nak share ilmu di dada. video niy pun ayam-ayam je. saja nak test power, heh. okay, just watch and anyone yang belum try sila lah tryyyyy :D


*sorry if too bad. seriously i just nak try. tengok jelah okay sayang-sayang semua :')

1. letak shawl sebelah panjan and sebelah pendek. *lepas pakai inner lahh okay. :)

2. pinkan bahagian tengah

3. tarik bahagian panjang ke atas. and adjust ikut keselesaan. nak tutup dada ke, nak bukak dada ke. *oppsss. hehe

4. DONE! *boleh lah gerak ke class, tesco, giant waima ke pasar malam sekalipun. :DD

hasilnya:

TARAAAAA



Friday, May 6, 2011

makin lama blogging, makin matured entry :)

gua tak tau korang rasa bagai mana. tapi itu apa yang gua perasan. tadi gua usha usha entry lapuk.terasa mahu menari nari bulu ketiak pun ada. mahu ketawa bahak bahak rasa tak sopan pulak tengah tengah malam niy. gelak kat sini jelah. BHAHAHHAHHAHAHA *mereng budak niy

tulisan colour colour laa. keCik BesAr lahh. dengan ayat tah apa apa lagi. hehe. nak di deletekan terasa sayang. itu semua kenangan. biar ada perbezaan. nampak lah ada kemajuan. nampak lah ada perubahan. :)

tadi gua usha si cantik manis FATIN LIYANA. macam biasa. semua pun sudah tahu. she's really gorges. then gua usha usha fatin liyana punya entry dahulu kala. ouh, gua can see differences between lately punya entry dengan yang dulu dulu. *jangan risau FL, still nice :D

then kalau tengok dari segi comment, dulu dulu punya entry ada 25 comment SAHAJA. *FL, i tak pernah dapat 20 comment pun tau :'(
sekarang sudah main ratus ratus. so, nampak lah ada kemajuan kan? means blog FL makin lama makin famous amous.

hey hey. gua saja petik FL. banyak lagi blog lain yang gua perasan benda niy. FL punya blog sudah siap siap book mark. tu yang gua terus click. heh

korang yang lain boleh jugak buat this test. tak payah jauh jauh. usha sendiri punya blog dulu. betul kan? *angguk jelah weyhhhh. haha
then lepas tu boleh usha blog granny korang, blog uncle, blog aunty, or anyone yang korang berkenan. :)

>..<

" IZYAN MASRI FIRST RANDOM GIVEAWAY "

nak join nak join! *kata hati gua masa terserempak dengan GA niy tengah jalan

mintak mintak lah sempat lagi. pleaseeeee. hari tu yuyu punya GA dah habis baru gua dapat tau. *gila lampi kau seb

okay, GA niy tak banyak rules. sangat simple. simple sangat.

* boleh click banner kalau nak join :')

dua orang yang gua tag:



p/s: hadiah for this GA cool kuttt. jom join! grand prize rm100. perghh. gila best. gua dah lah mata duitan. sayang, pilih i sebagai pemenang ouhhh! heh. jap. tarikh tutup? boleh always usha blog tuan punya GA rasanya sebab gua pun tak tau apa date yang sebenarnya.

so, apa tunggu lagi? lets join weyhhhh. mana tau ada rezeki anak (?) dapat menang rm100. heheh


:D



broadband over limit.

bila broadband over limit;

i feel like to vomit.

i feel like to throw it.

i feel like to shout:
"sumpah kau sangat damshit!"

-,-'

haishhh.

hati gua sakit.
serious punya sakit.





Tuesday, May 3, 2011

saya menang inspira! :')

haha. lukenababe!
celah mana pulakk gua menang inspira. heh

actually gua menang luckdraw yang Dayana AZ and Miszy Dian buat. *usha post post terdahulu

YEAYYYYYYYYYY!!

thanks juta juta pada admin contest. first contest yang gua menang. seriously tak sangka. *terharu weyhhhhh. bertuah jugak gua niy rupanya. heh

even hadiah tu tak sebesar inspira, tapi ia sangat bermakna untuk gua!
hehe. :)

mana prove gua?

jap jap. haa. mai click sini! *tatap puas puas. gua pemenang num 10. :D

CONGRATES TIKUSDALAMLAB AND ALSO TO THE OTHER WINNER!

:)


Friday, April 29, 2011

jom isi borang survey and dapatkan duit! :D

Welcome to my.ipanelonline.com!


okay friends, besides guna nuff, churpchurp dan yang seangkatan dengan benda alah tu, korang boleh jugak join kat sini!

apa benda tu?

actually that website running online survey. just isi borang survey je. and each survey form akan diberi mata. from mata yang terkumpul kita boleh tebus cash money. serious senang. baru sehari gua dah kumpul 2+++ point. heh.

dah isi borang survey, introduce korang punya link kat kawan kawan. also from that way korang akan diberi point.

so, lets try! sambil sambil online apa salah nya cari duit lebih sikit.

CONTEST BLOG SAYA SMART


third contest dalam masa yang sama gua join. heh. biasa bro. orang tamak selalu UNTUNG. and gua lah orang yang tamak tu. haha

okay, this contest paling simple of the day. jom laa join friends! syarat syaratnya:

- follow owner contest punya blog -

- open pada semua orang. lelaki, perempuan, donut, gay to function, lesbo. *haha, gurau gurau :)

- buat entry about contest and tag pada 4 orang -

- tinggal link kat comment box -

the best part pasal contets paling sempoi niy adalah HADIAH nya!

first place: rm150

second place: rm100

gila kentang! dah lah rules sangat simple. hadiah masyuk kuttttt. rm150 boleh buat shopping derrr.

ahak. kenapa gua join this contest?

selain daripada sebab gua seorang yang tamak, gua sangat yakin bahawasanya blog gua sangat smart! cool! sempoi! *cibet kau seb. BHAHA.

tak tak. serious. smart apa blog gua. background hitam, tulisan putih. perghhh. hot stuff pun tak ada blog macam gua. hahahaha.

sayang, *saja nak kipas sikit. heh

i dah follow you tauu. bagi i menang lah tau. tauuuu. rm150 tu. contestant yang lain tu, you buat tak nampak jelah eyh. hahaha

haa. tarikh tutup: 20th may 2011.

empat yang gua tag:





contest terpantas gua siapkan, kalau masak meggie still keras lagi rasanya. haha

:)






KiszyDolls Giveaways :) jom sertai giveaways kiszydolls:)





kata pepatah: orang tamak selalu rugi.

kata gua: orang tamak selalu untung. and yeahh. sebagai orang tamak gua join lagi satu contest. yeahhaaa! BHAHHAHA *gelak puas

alright alright. for this one punya contest ini syarat syarat nya:

1..................... jadi follower kiszydolls blogshop dulu tau :)
2.................... leave your details ( nama n link blog ) serta comment2 yang
best2 kat post giveaways ni tau ^-^ hehehe...kisz appreciate semua comments :)
3...............U guys kene terangkan tentang giveaways ni kat blog u guys tau :)
4............ wajib letakkan 4 gambar di atas kat keterangan giveaways kiszydolls di blog u guys :)
5..............sape2 yang tidak mengikuti syarat2 di atas,penyertaan u guys akan dibatalkan secara automatik ye...
Apalagi...jom sertai giveaways ni n berpeluang memenangi mr bebey yang gebu ni...
saiznye 16.5 inci n boleh buat tidur tau...
heeee....bestnye dapat hug kiszydolls :)

baiklah, gua ikut step by step.
1. dah jadi follower :)

2. after dah siap baru gua boleh buat yang second niy :D

3. terangkan pasal giveaway *no problem akak! :)

okay, nak cerita lebih lebih pasal owner contest niy gua tak layak sebab gua bukan kenal pun dengan beliau.
rezeki anak *erkk?! je terserempak dengan GA niy. hahaha. tapi tadi i review review cik kakak niy punya blog, she's actually running a business which is jual handmade dolls.

niy bukan nak kipas, tapi serious cool stuff kut benda benda tu. sumpah akak sangat creatif. :)
bawak masuk jual kat JJ ke SOGO ke mau cecah puluh puluh ringgit. perghh.

apa kaitan yang gua bebel bebel dengan GA niy? relaks relaks, niy perkaitannya. GA niy bagi gua one of the advertisement method yang sangat brilliant.

how come?

yelahhh, beliau akan hadiah kan cool stuff tu kepada setiap pemenang. memang sekarang si pemenang dapat secara FREE. tapi bila dah dapat mesti hadiah tu letak atas katil ke, rak buku ke, baru match kan? then datang anak saudara laa, sepupu sepapat la, roomate la, housemate la ternampak hadiah tu.

diorang pun tanya:

org: "kau beli kat mana niy?"

gua: "dapat hadiah. tapi dia ada jual jugak"

org: "ehh. aku nak beli..cute la benda niy!"

haaa. betul kan kata gua? hehe. lecturer gua cakap as a marketers, banyak cara kita boleh gua untuk publishkan every produk yang dihasilkan. ini boleh cakap jugak as a power of word by mouth. *marketing gua A solid kut. heh

GOOD JOB OWNER!

:)

p/s: sikit sikit sudah laa woi. stop stop. gerak pergi step num 4. haha

5. oppss. kena letak 4 gambar dalam blog owner. *please jump to the above okayyy. atasssss sekali gua letak.

6. ha? 6? dah siap lahh gilaaaa! :)P

jap jap. niy hadiah nya:

berpeluang memenangi mr bebey yang gebu ni...
saiznye 16.5 inci n boleh buat tidur tau...
heeee....bestnye dapat hug kiszydolls :)
*copied

tarikh tutup:

tarikh tutup penyertaan : 20 May 2011
pemenang akan dipilih melalui cabutan bertuah :)

*cabutan bertuah? aishh. niy yang lemah. gua jarang bertuah kut dalam cabutan betuah! hehe
klik gambar diatas ye sayang sayang semua untuk joinn

:D




"1st Contest Dari xcyber : Pose Depan Cermin"




hye-hye! gua join contest lagi weyhhh. *serious lately niy gua sangap CONTEST. sumpah.

pantang ada mana mana ruang gua boleh mencelah, gua akan mencelah.

yang this one punya gua bw punya bw sampai lebam tiba tiba terjumpa.

langkah kanan kata orang.

peribahasa: pucuk dicita ulam mendatang. cewahhh. BHAHA.

bagi gua menang eyh encik! thanks for your co-operation. heh.

picture gua bagi tak cool mana doe, gua admit. macam cibet pun ada. macam sakai pun ada. korek korek album dalam laptop gua, yang this one gua rasa paling layak masuk contest. haha. its okay lahh kan. mana tau ada ong! :)



*gua yang mana? yang mana? pstt. yang paling cantik weyh! ha? tak ada yang cantik? CIBET. CIBET. hahah

below are the rules, baca sendiri lah okayyyy. *gua copy paste je.

1) Terbuka kepada semua warganegara MALAYSIA shj sbb mudah nak bg hadiah
2) Follow blog nih sbb mudah nak tngok kalau de pepe diupdate nanti
3) Buat 1 entry anda join contest ni dengan tajuk "1st Contest Dari xcyber : Pose Depan Cermin"
4) Letak banner picture kat atas kat dlm blog korunk.. x kisah la sidebar ke kat mana ke dan link banner tu ke contest ni
5) Gambar tu mesti la ORIGINAL yg korunk punya k.. x leh main ciplak2 org lain punya..ramai2 ke atau sorang2 ke yg penting anda mesti ada dlm gambar tuh, pic korunk boleh dalam bentuk statik atau lain2..tp terhad hanya 1 gambar SAHAJA
6) Tag 4 org rakan anda yg aktif, pastikan mereka tahu merea diTag
7) Tarikh tutup 11.59PM pada 1st May 2011
8) Pemenang akan dipilih melalui gambar gaya pose paling sempoi/menarik di depan cermin

opsss. kena tag woi. jap jap. 4 orang yang sangat bertuah tu adalah:


closing date: 11.59PM pada 1st May 2011


Wednesday, April 13, 2011

Dayana AZ dan MiszyDian's buat LUCKY DRAW!


okay. macam yang i cakap dekat entry GA miss peony pinky, i jumpa Dayana AZ dan MiszyDian's luckdraw. yehaa!! :DD

tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu. kan? so, i hanya cubacuba tuah. dah 20 years i hidup tak pernah sekali pung menang luckdraw. tak luck je i? *err. maybe belum ada rezeki. hehe :)

3 orang yang i tag:


below apa yang you all kena follow untuk join this luckdraw. *i copy je. good luck! :D
1. terbuka buat follower Miszy Dian dan Dayana AZ .. means kena FOLLOW :)
2. buat satu entrI pasal lucky draw and letak tajuk 'Dayana AZ dan MiszyDian's buat LUCKY DRAW! '
3. letak banner lucky draw kat entrI, dan linkkan ke entri ini.
4. tag 3 orang blogger and make sure mereka tahu :)
5. hantar nama dan link kamu di bahagian comment ENTRI Miszy Dian sahaja :)