Thursday, December 8, 2011

cerita booth kecil sekangkang kera.

credit to fatin azemi.
<3


semalam, 7hb December.
satu booth aku open setelah sekian lama.
seingat aku paling akhir sebelum mula semester baru.
5 bulan lepas, mungkin.

tapak harga rm20.
rm20?
kelihatan kecil mugkin bagi separuh kamu.
tapi,
aku lihat rm20 satu jumlah yang dalam nya terkandung sejuta risiko.

yeah. tapak itu cost nya cuma rm20.
tapi risikonya pada barang yang hendak diletakkan di atas tapak itu.
mahu berniaga cuma dengan barang yang cuma seketul dua?
ah.
takut dibilang aku punya booth yang hidup segan mati tak mau!

risiko aku telan.
mahu dicampak kemana jualan tak laku?
modal mahu dibiar hangus, hancur?
jadi,
aku tekad. nekad.
pergi KL bersama dia.
dia itu siapa, tak perlu kamu tahu.
dia yang sudah banyak membantu aku.
cukup.
walau pada hari opening booth dia hanya terbongkang dirumah.
heh.

rm*** aku laburkan untuk 7hb December.
duit pinjaman dari PTPTN yang pastinya.
terima kasih PTPTN!
ramai bikin cerita kamu serupa ahlong,
tapi,
bagi aku kamu memang banyak menolong!
bersyukur aku ujudnya kamu.
seriously. (moga aku dapat ijazah kelas pertama, terlepas aku dari sebarang bunga.)

:)

singkat cerita,
di akhir jam enam petang,
aku diminta berikan jumlah jualan.
dengan gigih aku bertolak tambah.
mujur ada calculator.
aku kaget.

total sales: rm 1***

nahhhh reen! (nama si admin)
bisanya booth kecil sekangkang kera sampai ke tahap itu?

terkejut?
sila jangan.

semua-nya rezeki ALLAH.
bukan rezeki anak kerana aku masih belum dirisik, dipinang, mahupun bernikah.
alhamdulilah.
walau aku insan jahil bersalut dosa, DIA masih disisi; sayangkan aku.
diberinya cuaca baik.
terik.
dan,
DIBALIK SETIAP KEJAYAAN PUNYA RISIKONYA TERSENDIRI.
aku teguh dan yakin percaya pada yang satu itu!

terima kasih pada yang banyak membantu.
kamu kamu dan kamu promoter terulung!
mahu aku senaraikan nama? .senyum.

risiko pahit.
 MULANYA.
namun,
jadi manis macam gulagula kapas akhirnya.
.senyum lagi.

ziera sudah kelihatan termangu.
barang bertimbun semakin surut. mahu shawl ? maaf, ia sudah sold out.
:)


flat shoes merah dan biru harga rm30.
rebutan ramai si merah dan biru itu pada 7hb December.