Friday, February 17, 2012

ALLAH sayang aku.

I left Quran more less half of the year. sangat lama. sampai berhabuk Quran warna purple tu. solat? jangan cerita. lubang lubang! ada yang tak sengaja. tapi serasa aku bertimbun yang di sengajakan. dan, semestinya yang terpaling juara; Subuh. aku tahu syaitan selimutkan aku dengan selimut kulit babi, tapi aku tidak melawan. aku tewas dan akhirnya Subuh aku hanyut. dosa terus mengalir.

aku ada hafal doa bahasa arab. dah lama aku amalkan doa tu. sampai suatu hari lepas solat, macam biasa aku mahu berdoa. all of sudden, aku jadi lupa walau sepotong ayat pun dari doa tu! LUPA TERUS. puas aku cuba untuk ingat. at last aku mengalah. aku teruskan jugak berdoa. tapi kali ini dalam bahasa melayu.

more less about a week. i keep trying to remember the doa. tapi sadis. aku tetap tak berjaya. aku muhasabah diri. cari punca yang mana aku tahu ianya silap diri sendiri. aku jadi takut. ini baru doa yang Allah tarik dari ingatan aku. aku imagine. macam mana kalau Allah tarik nikmat aku yang lain? ilmu? tenaga? rezeki? Nauzubillahhh. aku jadi gerun. tapi serious. aku sampai terfikir kalau lah Allah tarik ilmu aku lebih lebih lagi waktu exam. siapa yang boleh tolong aku waktu tu??

aku mulakan dengan solat subuh. first day aku 'subuh gajah'. itu term Cikgu Shuhaimi untuk orang yang solat subuh hujung hujung. senang cerita hari dah cerah lahh. 7 lebih. diam diam aku happy even aku tahu itu bukan yang terbaik. sama ada diterima atau tidak, itu urusan Allah. aku cuma kena usaha.

Quran. aku sentuh selepas sekian lama. aku mulakan dari page yang pertama. 5 muka surat aku baca. usaha untuk ingat doa tu masih diteruskan. Subuh aku di hari kedua semakin improve. aku tambah dengan bacaan Al Ma'thurat (himpunan doa amalan nabi). boleh Google kalau tak pernah dengar. Ustazah Khadijah yang ajar waktu aku sekolah asrama di Shah Alam. setiap kali lepas Asar aku baca. kelebihannya?

Tidak dihampiri syaitan

Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.

Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.

Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.

Selamat dari segala sesuatu.

Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.

Allah berhak untuk meredhainya

Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.

Terhindar daripada syirik.

Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.

Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.

Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.

Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.

Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.

masuk hari keempat. 
ya, aku pasti. 
lepas solat (waktu berdoa), doa bahasa arab yang puas aku ingat dengar lancarnya keluar dari mulut aku. kuasa Allah. sungguh. aku sangat bersyukur!

aku tahu ini suatu peringatan. pengajaran dari Allah. supaya aku tidak semakin lalai, semakin lupa, alpa. dunia bukan segalanya. segala puji bagi Allah. semoga solat aku terus terpelihara. subuh yang terutama. semoga Quran sentiasa aku baca. dengan izin Allah, dapat khatam untuk kali ketiga dan seterusnya.

Ameenn.

-ini kisah benar-