Monday, November 12, 2012

virus

orang dulu pernah kata, jangan makan hati. lama lama nanti mati. memendam rasa boleh bikin kondisi kita serupa bila terkena virus. mulanya bahagian yang sakit itu cuma sebesar zahrah. tapi makin dibiar, ia merebak ke kawasan lain dan makin merbahaya.

dulu kita kawan. baik. rapat. mana mana pergi mesti dengan yang itu. opss. sebelum itu. aku kira ini blog aku. jadi akan aku ceritakan dari mana mulanya virus itu yang mana sudah makin merebak dan memakan seluruh hati aku.

kau.

kau ingat masa aku sibuk buat preparation untuk midterm? dengan jumlah team club kita yang melambak kenapa aku jugak yang kau pilih untuk text "kau balik lambat lagi ke? ada kerja nak buat". bersandarkan rasa curiosity yang melampau aku reply dengan rakus "lambat. kerja apa?". "hias booth untuk club registration" kata kau. eh? okay. lalu aku reply kembali "aku ada midterm esok. 6 chapter masuk. dan belum habis sudy". then kau tanya midterm aku jam berapa. kalau petang pagi kau nak aku jaga dulu. then aku reply "midterm aku petang. pagi aku tak nak jaga sebab nak study". then finally kau just reply "okay"

aku ingat semua tu dengan baik sekali. esoknya sebelum pegi midterm aku sign in FB. sebab sir dah janji nak announce location midterm as well as time sekali. sekali mencanak dekat news feed seorang hamba allah punya status berbunyi "tak guna kalau dapat highest mark dalam class..****" (**** atas tujuan keselamatan. haha). haa. alasan cliche kau aku dah tau. "yang kau terasa kenapa? bukan aku mention kau pun". YES. memang kau tak mention aku. tapi aku berani kerat jari kau tujukan benda tu tepat pada aku. memang bodoh lah namanya kalau kau mention nama aku kan? kan? hahah. double L. btw, one advice from me kalau tak tahu menahu tentang pucuk pangkal cerita jangan main menyampuk. okay? 

fine. aku pun pegi midterm dan menjawab dengan selamat. (aku dapat 94% okay for that midterm. hewhew). balik dari midterm kitorang menyerbu ke satu satunya kopitiam Muadzam. gara gara lapar dari pagi tak makan. kenyang menghafal subject RS. :O the best part aku jumpa of club crew tengah bersantapan dengan rakan rakan nya. lalu aku bertanya "***** tak jaga booth ke?" **** menjawab "hah? nak jaga untuk apa?" WTF! kau text aku dan put aku in pressure tapi kau tak inform pun kat members lain yang bersenang lenang tak ada pape hal untuk jaga booth?! sumpah. masa tu aku sangat lah terbakar dengan kelakuan kau dan makian dalam hati untuk kau. (sorry). 

aku tanya lagi pada ***** mengenai surat pelepasan untuk tidak menghadiri bon odori di shah alam. "eh? kena bagi eh? **** tak cakap apa apa pun kat ****" (yang mana kau text aku suruh buat surat kalau tak nak join. hello miss, kenapa aku sorang je kau suruh??). aku serious ter tanya tanya apa problem kau dengan   aku sebenarnya. dan disebabkan itu, rasa nak bertegur sapa bergurau senda dengan kau hilang macam tu je. well, aku niy bukan pandai pretending. depan baik. belakang kutuk berkilo. kalau tak puas hati aku akan betul betul tunjuk yang aku tak puas hati.

ini belum kira hal yang kau lagi 5 min nak meeting baru nak text aku. yang mana on that time aku dah nak samapi kuantan pun buat company visit. alasan kau nak save credit. sebab tu only post on fb. dah kau tahu aku tak balik rumah dari pagi, celah mana aku online so nak dapat tahu pasal meeting kau tu? oh lupa. i'm Blackberry 'user'. so 24/7 online. lol

kau (2).

well, aku tak ada much problem dengan kau though i know you are pretending well too! sorry 'kawan'. aku confident sebab aku kenal korang. aku tak kisah pun korang tak wish birthday aku. SUMPAH! aku bukan childish lah yang nak menangis bila orang tak wish birthday. yang aku terasa tahap gaban bila korang ada masalah, baru reti nak tegur aku. (itu pun bukan tegur. text je kan?). hari lain termasuk birthday aku, punya lah korang palau. nak mintak tolong baru nampak kawan? one more thing,  apa yang make it obvious dengan action korang sebab kita dah kawan 3 tahun. selama 3 tahun korang wish at least. tiba tiba sekarang korang buat bodoh gila babs? kalau birthday aku waktu cuti sem ke, yang kita tak berjumpa lah kiranya bolehlah korang nak palau. niy aku ujud kat situ. benci pun cover sikit lah brooo. haha. sorry sebab aku tak reply time kau text. aku tahu bukan kereta aku yang kau nak tumpang. tapi aku pun akan ada sekali dalam kereta tu. aku confirm aku akan rasa akward dengan korang. again, aku bukan pandai pretending! **** kata "awak jangan ikutkan perasaan. biar orang buat jahat kat kita. kita tak payah balas balik". malangnya, aku bukan sebaik ****. aku tak suka orang pijak kepala aku. 

kita berjumpa kat MCD. tapi aku tak tegur korang pun. tahu kenapa? sebab aku rasa kenapa depan orang lain aku perlu pretend yang kita dah tak macam dulu.? sedangkan kat rumah pun kita memang tak bertegur kan? 

kau (3).

though kita sebilik dari foundation, aku tak pernah boleh ngam dengan kau. yang paling aku hairan kenapa kau boleh bukan main peramah dengan orang lain dan dengan aku kau jadi pendiam? satu je aku nak cakap. even aku tak bercakap dengan kau, aku tak kutuk kau belakang. siapa tau. mungkin yang peramah dengan kau tu yang kutuk kau berlori lori kat belakang. whatever it is, aku tahu ini final sem. aku akan bertahan dalam 'rumah' tu sebaik mungkin. 

**********************

aku tahu perhaps this entry akan buat korang rasa double triple annoying dan menyampah dengan aku. no worries. benci lah selagi mampu. aku duduk rumah tu for the sake of completing degree je sekarang niy. okbye. tak tahu nak taip apa. actions works well than wordings! sebenarnya ia bermula dari masalah yang sangat kecil tapi salah aku sebab tak segera selesaikan. lalu ia sekarang jadi virus, kudis yang bertapak dalam hati aku. dan sangat SUKAR untuk reveal. semoga masing masing berjaya di jalan yang di tentukan Allah. amin.


 

Friday, September 21, 2012

hidup

aku jumpa seorang lecturer sebab aku punya persoalan yang mana perlu bantuan seseorang yang ku kira 'expert' dalam hal hal yang macam niy.
eh, jangan buat konklusi parasit!
aku bukan jumpa beliau untuk dapat kan counselling service.
hoihoi. cantik sikit mattttt.
ingat aku student bermasalah ke?

:O

aku keliru.
mana hala tuju aku.
sedari di tabika kemas (i dont even remember which one is my kindergarden!), guru waima mana mana parents sekali pun acap kali berdialog:

"belajar rajin rajin..supaya nanti sampai ke menara gading!"

'menara gading' tu UNIVERSITI kan?

********

aku sekarang berada di menara gading yang di maksudkan.
sudah semakin hampir ke puncak nya since its only one semester left.
itu yang bikin otak aku bercelaru. pikiran jadi buntu. lidah menjadi kelu oh my english yeah yeah yeahh.
(maaf. sentences di atas telah mengalami ganguan siaran.)

********

ah, ringkasnya tujuan aku jumpa beliau untuk dapatkan nasihat dari seseorang yang aku sanjung. aku hormat. mana arah patut aku tuju selepas bergraduasi. kahwin? (on no!)
ehhh bukan aku tak nak kahwin. tapi itu bukan top list dalam perancangan hidup aku.
atau kerja dan terus berkerja sampai pencen?
atau terus continue study?

********

(beware. section ini akan lebih serious)

beliau bertanya:

"which one you prefer most? dunia korporat? education?

ini jawab aku:

"saya bukan jenis memilih. mana mana pun boleh. yang paling penting ber gaji besar. itu focus saya. sorry sir, saya mata duitan sikit. heheh.."

beliau berkata lagi:

"yang awak gelak gelak niy kenapa? ingat lawak ke??"

HAHAHHAHAH JOKING!

tak tak, beliau cakap macam niy:

"its not called as mata duitan. its a life goal. but you must understand being a lecturer is a noble responsibilities. not for the sake of money. jadi lecturer bukan boleh kaya.."

aku jawab:

"hehe..betul jugak tu sir..tapi kalau ikut pandangan sir, which one better? whether saya terus continue master, phd bla bla or do as part timers while working?"

beliau jawab:

"its up to you..go for internship..pegi intern dekat top 10 GLC's in Malaysia..then you can decide by your self which one you prefer most..btw, berapa your current CGPA?"

aku:

"heehhehehehehe..sikit je sir..3.** plus plus..hehehhehe.." (serious ini nada humble) :D

beliau:

"haa. macam tu after grad terus mintak scholar. MARA, JPA..macam macam ada. pegi buat masters di overseas like your super senior here..."

aku:

"oooooooo..insyallah sir..kalau ada rezeki..bla bla bla.." (sambil end up the converation since aku nak pegi jumpa lecturer lain pulak! hehe)

overseas?

hummmmmmmmmmmmm
its my dream dari kecik!
seriously. tolong percaya.
tapi sebab aku kantoi SPM punah lah harapan ke overseas bersama sama kantoi itu.
yang mampu aku buat ialah hari hari baca dari fb kawan kawan yang bersepah dapat pegi overseas tu update status, update gambar.. (mood: envy) sob sob..

:'(

insyallah.
one semester to go.
kalau ijazah kelas pertama tu milik aku,
aku akan kira itu sebagai hadiah to both of my parents!
tentang study di overseas..
kalau ada rezeki untuk aku buat master kat sana,
i'll be ready!
tapi, kalau Malaysia je ditakdirkan untuk aku,
aku akan pergi.
mana mana je.
as long as aku boleh perform well.

btw, even conversation kita ringkas sir,
tapi at least I feel relief.
and even hala tuju hidup aku belum jelas,
tapi shadow itu sudah ada.
and i believe ia akan makin terang dan jelas when the time comes.

Dear sir,
I'll accept your word as you are a father who advising his daughter.
and i'm big fan of yours!

:)


p/s: about the conversation of course there's a lot yang aku tak ceritakan. yang mana tak important aku buang. tambah? hoi, aku tak buat nasi tambah eh dalam cerita niy. heh




Saturday, July 7, 2012

ye ke niy?

"blog awak sangat menarik!"

"membaca blog awak lagi.. :)"

"nice entry!"

"awak memang berbakat.. "

"bw sini lagi.." *bw is the short form for blog jalan (blog walking)*



***********************


dan banyak lagi. malas nak taip. yang penting, ye ke niy korang betul betul baca entry tu? atau atas dasar menepekkan sesuatu perkataan atas chat box empunya blog mengharap untuk terima kunjungan balas?

kalau tanya aku, it based on situation. kalau tengah malas tahap cipan memang aku main taip jelah dalam chat box "nice entry!" even aku tak baca langsung pun apa yang di ceritakan si owner.  HEW HEW HEW

:O :D

Friday, July 6, 2012

Kerepek kerepak

Wehuu! berkurunnnnn tak update blog. sampai ada orang cakap aku tak update sebab tak ada idea. bukan tak ada idea lah gila. aku tak ada masa. lagi internet lembap macam siput. macam mana nak update? aku ada banyakkk gila cerita nak cerita. even bukan ada orang baca, aku tak kisah. pegi mam. haha. 

Hari niy aku cerita pasal business. ohyeah, currently aku punya business ialah menjual kerepek. macam makcik makcik punya business kan? well, aku tak peduli. natijahnya duit itu membatasi segala rasa malu. hoho :D

Kawan kawan selalu jugak menganjing. 'sab kerepek'. damn ohh korang! haha. kadang kadang aku telan. kadang kadang aku layan. kadang kadang aku sentap. yelah mana tak sentap. tiap kali jumpa tulah modal diorang. sobs.

Aku hairang dan peliks tengok orang yang tak ada duit tapi berlagak macam berduit. dikutuk dihina nya kerepek aku. tapi kau tu pun tak berduit. hello bro, aku jual kerepek. memang macam makcik timah. tapi aku jual dapat duit woi. korang ada? 

Niy ha lagi dah tengah sem duit PTPTN tak muncul tiba (kau pun damn lah PT :\ ),korang bising duit tak ada. aku pun bising sebab aku dah plan nak ber shopping sakan dengan duit tu. seluar yang aku aim pun sampai dah habis sale tak dapat ku beli kerana PT belum masuk. ah, bukan itu persoalan yang ingin saya bangkitkan disini Yang Arif! (bahahah budget masuk debate ala parlimen). bising bising aku, aku still ada duit bro. boleh lah nak berjalan sana sini dari duduk terperap dekat muadjam niy. 


Dari mana datang nya duit tu? hohooo good question! papa dan mama aka pama? sugar dady? jatuh dari langit? atau aku tengah jalan jalan tiba tiba ternampak duit orang tercicir rm300 dalam longkang?


SALAH! SALAH! dan SALAH! 

**********


Jawapannya satu dan solid lagi mantap. macam dapat A solid dalam exam iaitu dari DUIT KEREPEK makcik timah aku tu. aku tak mintak duit parents ya kawan kawan? tapi kalau parents aku bagi aku amik jelahhh. bodoh namanya kalau menolak rezeki. haha. tapi itu lahh. phew phew phew nasib ada duit kerepek.  backup sana sini. mana yang tak cukup dicukup cukup kan. tak ada lah serabut otak pikir pasal duit PT yang malu malu daun semalu untuk melangkah ke akaun cimb kita semua.

Kalau ada yang terbaca, aku bukan marah korang menganjing, tapi biar berpada pada. perangai dah macam kanak kanak ribena! GRRR. (*grr itu cara yang uptodate dan trendy untuk menunjukkan marah atau ke geraman tahap klimaks*). dah telan menganjing je hari hari tu yang aku fedup. yang tengah berduka lara tunggu PT si cinta hati, harap bersabar lah yaa? nak buat macam mana ye dop? doa banyak banyak mana tahu kut jumpa duit rm300 dalam longkang. takpun pegi buat business apa yang patut. yang penting jangan sailang business kerepek aku! HAHA

nah aku bagi se packet kerepek pedas yang terhangat dipasaran --' haha

Sunday, March 25, 2012

Friday, February 17, 2012

ALLAH sayang aku.

I left Quran more less half of the year. sangat lama. sampai berhabuk Quran warna purple tu. solat? jangan cerita. lubang lubang! ada yang tak sengaja. tapi serasa aku bertimbun yang di sengajakan. dan, semestinya yang terpaling juara; Subuh. aku tahu syaitan selimutkan aku dengan selimut kulit babi, tapi aku tidak melawan. aku tewas dan akhirnya Subuh aku hanyut. dosa terus mengalir.

aku ada hafal doa bahasa arab. dah lama aku amalkan doa tu. sampai suatu hari lepas solat, macam biasa aku mahu berdoa. all of sudden, aku jadi lupa walau sepotong ayat pun dari doa tu! LUPA TERUS. puas aku cuba untuk ingat. at last aku mengalah. aku teruskan jugak berdoa. tapi kali ini dalam bahasa melayu.

more less about a week. i keep trying to remember the doa. tapi sadis. aku tetap tak berjaya. aku muhasabah diri. cari punca yang mana aku tahu ianya silap diri sendiri. aku jadi takut. ini baru doa yang Allah tarik dari ingatan aku. aku imagine. macam mana kalau Allah tarik nikmat aku yang lain? ilmu? tenaga? rezeki? Nauzubillahhh. aku jadi gerun. tapi serious. aku sampai terfikir kalau lah Allah tarik ilmu aku lebih lebih lagi waktu exam. siapa yang boleh tolong aku waktu tu??

aku mulakan dengan solat subuh. first day aku 'subuh gajah'. itu term Cikgu Shuhaimi untuk orang yang solat subuh hujung hujung. senang cerita hari dah cerah lahh. 7 lebih. diam diam aku happy even aku tahu itu bukan yang terbaik. sama ada diterima atau tidak, itu urusan Allah. aku cuma kena usaha.

Quran. aku sentuh selepas sekian lama. aku mulakan dari page yang pertama. 5 muka surat aku baca. usaha untuk ingat doa tu masih diteruskan. Subuh aku di hari kedua semakin improve. aku tambah dengan bacaan Al Ma'thurat (himpunan doa amalan nabi). boleh Google kalau tak pernah dengar. Ustazah Khadijah yang ajar waktu aku sekolah asrama di Shah Alam. setiap kali lepas Asar aku baca. kelebihannya?

Tidak dihampiri syaitan

Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.

Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.

Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.

Selamat dari segala sesuatu.

Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.

Allah berhak untuk meredhainya

Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.

Terhindar daripada syirik.

Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.

Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.

Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.

Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.

Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.

masuk hari keempat. 
ya, aku pasti. 
lepas solat (waktu berdoa), doa bahasa arab yang puas aku ingat dengar lancarnya keluar dari mulut aku. kuasa Allah. sungguh. aku sangat bersyukur!

aku tahu ini suatu peringatan. pengajaran dari Allah. supaya aku tidak semakin lalai, semakin lupa, alpa. dunia bukan segalanya. segala puji bagi Allah. semoga solat aku terus terpelihara. subuh yang terutama. semoga Quran sentiasa aku baca. dengan izin Allah, dapat khatam untuk kali ketiga dan seterusnya.

Ameenn.

-ini kisah benar-



Wednesday, January 18, 2012

ini entry yang beremosi.

mereka mogok sana sini.
demonstrasi lagi.
tidak sedarkah diri masih mahasiswa dan siswi?
menyusahkan diri, fakulti, dan family!

mereka mogok sana sini.
demonstrasi lagi.
tidak sedarkah diri ditanggung kerajaan?
pinjaman diberi mencecah ribuan.
malahan berpuluhan!

mereka mogok sana sini.
demonstrasi lagi.
tidak sedarkah diri masih tak punya apa sebagai bekalan?
tak punya sebarang kerja dan jawatan.
seluar dalam pun masih ibu dan bapa yang sediakan!

(ketawa besar)

hodob hodob hodob.
*maaf, sedikit kasar*

mereka mogok sana sini.
demonstrasi lagi.
tidak sedarkah diri perlu menjaga kebebasan yang diberi?
yes.
FREEDOM of SPEECH.
disalah guna membuta tuli.
ikut sesuka hati.
akal Allah kurnia bukan tempatnya dikaki!

*kasar? maaf sekali lagi*

mereka mogok sana sini.
demonstrasi lagi.
tidak sedarkah diri seharusnya mensyukuri?
diberi kemudahan itu ini.
(baucher buku, tempat menimba ilmu yang terlebih selesa)
ini tanah tumpah darah kurniaan ilahi.
kenapa harus dicemari?
pertahankanlah ibu pertiwi!

mereka mogok sana sini.
demonstrasi lagi.
tidak sedarkah diri..(berhenti. bukan kerana aku speechless. tapi kerana letih. letih lihat ke nahodob bangsa sendiri)

ehhhh,
lihat lihat.
ada tak mana mana student chinese kecoh kecoh sebegini?
ada tak mana mana student indian bikin issue sampai kena tahan polis?

AKU BUKAN RACIST!

tetapi untuk kesekian kali,
aku letih lihat ke nahodob bangsa sendiri.
bergaduh sesama sendiri.
sudah sudah lah!
kita saudara se islam.
betul kan?
atau, aku tersilap?

huh.

entry ini berat sebelah?
mungkin.
tapi aku seorang mahasiswi yang sedar diri.
sudah banyak terhutang budi pada government.
yang beri buku teks percuma.
yang beri baucher buku.
yang beri alaun.
yang bagi peluang untuk aku menjejak kan kaki ke universiti.
malah menghantar ratusan student keluar negeri!
semua itu bukan percuma.
tetapi ditanggung oleh government yang mahu lahirkan pemuda pemudi harapan bangsa.

aku sangat beremosi dalam hal sebegini.
tolong.
aku pohon.
berhenti bikin status noob di facebook.
berhenti tunjuk pandai.
berhenti tunjuk hebat.

ingat.
kita masih pegang status 'STUDENT'.
mari, kita cari kerja dulu.
mari, kita bayar hutang dulu.
dah stable?
baru boleh tunjuk pandai.
baru boleh bicara tetang politik.

sekian.




kan aman kalau macam niy?

:)



secret admire.

sejak di tingkatan satu sampai yang kelima,
aku punya beberapa orang yang diminati secara rahsia.
mungkin tak seberapa rahsia kerana aku turut berkongsi bersama beberapa teman. 
yang pastinya mereka perempuan.
lelaki apa tahu.


gender discrimination?
heh.


tapi yang terpaling tragis, aku tidak pernah punya any chances untuk  meluahkan apa yang tersirat. 
dah namanya pun secret admire. kan? jadi aku hanya mampu menjadi peminat dalam diam.
 its a secret stuff.
*mengeluh?* (tidak lahhh)


"seb seb, tu ha mr.x kau.."


dan dengan pantas aku akan terkinja kinja seperti terkena kejutan electric, jyeah!


'weyhhh..handsome nya diaaaaaa.."


"tolong kirim salam kat mr.x boleh..?"


"ehh, dia ada girlfirend takkk.?"


soalan subjective yang biasa meniti dibibir.


chop.
bila ada mana mana perempuan lain cuba 'menggeletis',
aku akan mula melancarkan perang dingin!
(kepada perempuan itu)
DAN.
pastinya bila ada feedback dari mr.x boleh bikin aku senyum sampai telinga the whole day.
walaupun cuma sebuah senyuman.


HAHA!


:)

sampai sekarang sudah di universiti. 
orang orang yang disecret admirekan tidak lagi tersenarai di carta hati. 
well,
masing masing pun sudah dimiliki.
sudah berteman dan punya buah hati.
jadi aku tidak lah lagi berharap pada sesuatu yang tidak pasti.


(:


lagi,
minat in terms of secret admire something meaningless bagi aku.
ia hanya MINAT semata.
(terkecuali untuk si psychotic!)
dan,
 pasti nya ia experience yang pernah dirasai semua gadis di luar sana.
(sila mengiyakan)


:)


menjengah umur 21,
aku moving toward a serious relationship.
muak mahu ber'scandal' 'scandal'.


*muntah*


dengan izin Allah.
doakan aku,
bertemu jodoh.
ya,
bukan yang pertama.
semua pun tahu.
itu hakiki.
tapi, tinggi cita dan harapan agar 'dia' yang terakhir.


amennnn


(:


*wondering siapa mungkin jadi si suami next five years. three or two years maybe?*


hehe,
(senyum gatal niyyy)










Monday, January 9, 2012

azam 2012. (sudah terlewat?)

BEST STUDENT


sengaja diboldkan.
tanda aku memang beria.
itu memang azam aku yang satu,
ditahun 2012 yang baru.

yes.
aku memang desperate anugerah itu.
hujung bulan satu masuk sem 5.
dan selepas itu hanya dua sem sahaja lagi aku perlu beradu!
beradu tenaga.
beradu emosi.

beradu dengan godaan syaithan menghasut:

"tidur seb tidur. nanti nati boleh study lagi.."
"layan movie se pam dulu lah sebbb.."
"online online online.."
"lepak kareoke, bowling seronok jugok niy sebb!.."

banjingan kau syaithan.
heh

tapi seriously.
aku betul betul betul mahu anugerah itu.
semuanya bukan untuk aku.
ditujukan pada kedua ibu bapa.
yang sudah banyak berpayah payahan.

aku mahu buktikan,
'gagal' SPM,
tak bermakna aku akan gagal di universiti.

aku mahu tebus kesilapan yang dulu!


TAK MUDAH.

bukan suatu fakta. ia realiti.
aku sedar akan hakikat.

tapi,
 aku akan cuba.
berpantang maut sebelum ajal.
aku akan teruskan berjuang.

:)

azam 2012. (sudah terlewat?)


p/s:  aku baru free niy. after struggeling with finals. hehe