Thursday, November 25, 2010

kau baling tahi, aku baling honey.

tadi gua online facebook. dekat home ada tulis birthday lu today. gua terus click nama lu. and... suprise!! gua wish lu! wee!! yeayy!! haha :D

hey lu yang lain. tahu kenapa gua excited macam babi gersang? sebab, yang gua wish tu orang yang sah sah selalu baling tahi dekat gua! kutuk gua sana sini. sampai kroni beliau usha gua macam pailang. siap perli-perli gua baekkk punyer lagi!

dah-dah. malas nak ungkit-ungkit. gua dah sembilanbelas. matured sudahh. tak main lah gaduh bawak geng. then usha panas ramai-ramai. sorry. cari orang lain jelah. heh.

btw, happy birthday again. may god bless you. and gud luck in your life. err. thanks jugak untuk segala kutukan lu! its okay. gua sukaaaa sangat! (ouhh. so swettt... macam penyangak!harhar)

:))

Wednesday, November 24, 2010

"suatu hari nanti, kamu pasti akan paham"

gua confirm lu semua mesti familiar dengan dialog macam niy. standart filem melayu lahh kan? tapi, lu sendiri pernah tak bersangkut paut dengan dialog yang gua bilang? eyh sudah. pernah ke tidak itu tak important. sini blog gua. jadi cerita pasal gua only. harhar. okay2. serious. gua pernah. gua ingat lagi. waktu tu ada motivasi. adat turun temurun bila nak exam. sekolah mesti hantar penceramah untuk menceramahkan student. cikgu bajet mudah-mudahan dapat membkar semangat anak-anak murid. heh.

biasa lah babe. bila ada ceramah. nak pulak budak budak duduk tegak dan tekun mendengar. mampus tak layan. baik lah diorang buat ketupat atau buat ceramah versi diorang sendiri. lagi sakai ada yang sempat buat tahi mata. tersengguk sengguk macam naik rollercostar gua cakap sama lu! harhar. lawak pulak bila ingat zaman kanak-kanak dulu.

eyh eyh. lari tune dari muzik sudahh. hey deyy. actually gua mahu story, dalam banyak banyak ceramah yang gua dengar ada satu yang paling solid di ingatan gua. siapa tukang penceramah dan dimana lokasi nya, gua sudah hilang ingatan. maklumlahhh. gua sudah 91 okay. harhar.

beliau bilang ini: "kejayaan yang kamu capai waktu zaman persekolahan, tidak akan sama keseronokan dan kepuasannya dengan kejayaan yang akan kamu capai di universiti. saya sudah pernah merasai. dapat straight A, mak saya dok menangis gembira. terharu sungguh waktu tu. satu kampung mak saya pi canang. tapi, pada hari konvo di universiti, mak bapak saya rileks ja. dok lepak bawah pokok even saya dapat ijazah kelas pertama. tak ada lagi tangisan kegembiraan macam watu saya dapat straight A dulu.."

yes. gua sudah merasa dan sedang merasa tuan penceramah. gua dapat straight A PMR, parents gua siap buat kenduri dekat kampung. sekali dengan sepupu gua yang juga dapat straight A. bangga sebab parents gua happy extravaganza dari bangga sebab di puji orang.

bila gua sedikit kantoi dalam SPM, gua pasang niat mahu sucess di universiti. mahu tebus balik otak jahanam gua dahulu. sekarang gua sudah mahu masuk sem2 dua degree. alhamdullilahh. semua jalan macam yang gua planning. tapi, apa paling penting, even gua dapat 3.75 parents gua tak sibuk sibuk mahu buat kenduri macam dulu. paling paling hebat belanja makan steamboot atau dinner di pizza hut.

hurrmmm.
(gua mood sedih)

:(

hey adik-adik yang membaca! please. ingat pesan ini baik-baik. kakak serious. (bapak geli. tukar ayat lu sekarang!) err. gua serious. study betul-betul selagi ada chance. bila choclate dah cair jangan sibuk nak bising bising. siapa suruh tak letak dalam freezer awal-awal. kan? key point: benda dah jadi, nak menyesal pun tak guna. sumpah tak tipu. gua punya story tiada yang benar melainkan yang benar-benar belaka. selagi uniform sekolah masih di badan, ingatlah pesan gua. kalau tak paham sekarang tak apa. tapiii...

"suatu hari nanti, kamu pasti akan paham"


Thursday, November 11, 2010

ha? gua bodoh IT?

gua buat sikit-sikit blogwalking tadi.
lawat-lawat blog manusia lain.
gua masuk sini ada contest.
gua masuk sana ada exchange banner.
yang exchange link pun gua jumpa.

eyh,
you all mau tahu something?

sebesar biji timah gua pun gua tak tahu menahu pasal benda alah niy!
yang gua tau,
buat entry,
bw,
follow-memfollow,
beromen romen,
eyh! choi choi.
ber comment comment,
dan ber shoutmix.
PULLSTOP.

naif kan gua?

babe,
kat blog yang gua usha tu,
ada jugak yang dah siap-siap kasi tau step nak join contest.
penat-penat baca,
tapi gua sikit pun tak reti and tak paham macam mana nak join!
yes,
gua agak 'bangang' sikit bab-bab benda alah macam niy.

tulus dari hati gua yang suci.
heh.

di permulaan,
tujuan asal gua berblogging kerana mahu ada tempat gua meluah perasaan.
berkongsi sesuatu.
dan berstory sesuatu.

sharing kan makna nya caring.
harhar.

:D

weyh kamu-kamu.
siapa yang rajin tolong bagi gua tutorial okay!
pleaseee.
ini ilmu.
dan gua seorang yang 'sangap' kan ilmu.

lepas dah belajar,
its okay kalau gua tak join any contest.
but at least gua sudah ada ILMU didada pasal itu.

so,
nanti bila ada yang ber asking,
tade laa gua tergagap-gagap nak kelentong.
kan?




sabrinacun said: babe, siapa yang sudi ajar gua sumpah beliau sangat cool! sangat sweet! sgt... ahhh. tak tergambar oleh kata-kata! harharhar (menyampah sampah doe. mengipas jela kerja lu. cisss)




Tuesday, November 9, 2010

indah nya kalau cantik.

gua ber-stalker di faceboook,
stalker pict orang.
stalker gossip-gossip baru.
sape couple dengan sape.
or maybe activiti terbaru..
macam modelling.
heh.

:)

biasalaa.
cuti babe.
tak dapat nak berhang out, berstalker pun jadi laa.

gua jumpa banyak pict perempuan cantik.
eyh,
yang perasan cantik pun ada tau.
apa lagi yang perasan artisss.
BERSEPAH!
harhar.

gua mahu story pasal yang betul-betul cantik.
wahhhh.
giler ramai babe!
yang meng-like.
yang meng-comment,
perghhhhhhh..

beratus-ratus!

mesti best,
kalau gua juga secantik mereka.
satu pergi, sepuluh mariii.
haha.

dalam hati gua berkata:
"bilalah aku nak cantik macam tu!"

bukan gua tak reti syukur.
jauh sekali mahu menyanggah ketentuan Allah.
gua terima dan redha dengan yang di tentukan.

alhamdulilahhhh . . .

tapi,
tak salah kan mengagumi keindahan yang Allah ujudkan?
hehe.
gua yang perempuan pun seronok meng-usha.
apalagi kaum-kaum lelaki.
kan?
in fact,
tak akan ada siapa-siapa bencikan sesuatu yang cantik.

gua,

hanya manusia kerdil yang mengagumi.
jauh sekali mahu mendengki.

:D




Monday, November 8, 2010

nerd.

gua memang seorang yang nerd.
gua honest.
tapi nerd gua bukan kerana gua pakai spek besar-besar dengan seluar atas pinggang.
nerd gua kerana asyik berstudy bila dekat-dekat menghampiri exam week.
orang lain study week nya satu minggu.
namun bagi gua study week perlu lebih dari itu; dua minggu.

bila ber lepak-lepak, gua jadi panas bontot.
terpikir-pikir chapter mana yang belum bercover.

mahu tidur gua teringat-ingat facts yang gua dah menghafal.
ayoyo.
otak gua tak berehat dari terus berpikir!

tidur gua bersepah. makan gua tidak berjadual.
kalau tidurnya pukul lima pagi,
gua akan terjaga jam sembilan pagi.
dengan cargas bangun dan cepat-cepat prepare untuk study.

exam week sama dengan minggu bersama buku bagi gua.

lantak lahh.
itu semua datang dari demand gua yang mahu kan dean list setiap sem.
insyaallah,
hasilnya nanti pasti setimpal dengan usaha yang gua curahkan.


nerd berkata: ameeennnnnn :D

yes, ajal maut ketentuan Allah.

last nite gua tonton short video di facebook. cerita tentang empat lelaki dan satu perempuan. tiba2 diorang excident dan mati di tempat kejadian. mahal nya video niy sebab perilaku diorang yang mati niy di flashback kan balik. salah satunya, before mati lelaki tu berpura-pura solat didalam bilik apabila disuruh bersolat oleh ibunya. tup tup dia mati tanpa sempat bertaubat. astgfirullahhaazimm. gua pinta dijauhkan dari mati dengan cara yang begitu.

-------------

tadi gua hampir mati. yeahh. gua sumpah ini bukan gurauan. hampir mati bermakna Allah masih bagi peluang untuk gua hidup. masih bagi peluang untuk gua bertaubat. masih bagi peluang untuk gua merasa nikmat keajaiban dunia. alhamdullillahhhh.

-------------

petang: gua, family, sepupu sepapat dan kaum kerabat sama-sama berenang di swimming pool. gua yang dah lama tidak menjejakkan kaki ke kolam renang menjadikkan sifat excited itu membuak-buak. kelebihan gua yang boleh ber-swimming, gua gunakan sepenuhnya. dari kawasan air cetek ke air dalam semua nya gua redah.
lepas segala gian gua untuk ber-swimming.

-------------

salah satu cousin gua. baru darjah 5 umurnya. mula berswimming melepasi limit kawasan untuk kanak-kanak. gua membiarkan kerana gua pikir cousin gua yang ini juga boleh berswimming.

-------------

tiba-tiba gua terpandang beliau sepertinya sedang kelemasan. sumpah gua tersentap. ya allah, kawasan itu memang dalam! gua ambil quick action tanpa pikir double. sampai nya gua pada beliau, beliau terus menekan gua ke dasar kolam untuk pastikan beliau tidak lemas didalam air. gua tak mampu melawan. serious, gua sudah terpikir mati waktu itu. terus teringat tentang video yang gua tonton. gua mahu menyelamatkan, tetapi gua pula yang sama-sama lemas. kebolehan berswimming langsung tidak membantu kerana cousin itu menarik-narik t-shirt gua.

--------------

gua kumpul tenaga. mahu naik keatas permukanaan air. gua tidak mampu lagi menahan nafas. dapat sahaja peluang, gua terus jerit panggil babah dan mama yang sedang bersantai santai di tepi kolam. suara yang gua lontarkan tidak cukup besar volume nya kerna gua sudah sangat keletihan. lagi sekali gua memanggil sambil melambai-lambai tangan. yeahh. datang superhero gua iaitu babah untuk menyelamatkan gua.

--------------

babah tangaks menarik gua dan cousin. alhamdullillahhh. panjang lagi umur gua. mungkin gua tidak ditakdirkan mati di kolam renang. terlewat seminit dua pastinya gua sudah gone.

--------------

terharunya gua kerana babah terus terjun k edalam swimming pool tanpa pikirkan phone yang ada dalam poket seluarnya. gua terhutang nyawa kepada lelaki yang bernama 'babah'. terbukti kasihnya pada gua sebagai anak.

--------------

kesal nya gua kerana keliling swimming pool ramai lagi lelaki yang ada. tetapi, seekor pun tak mengambil kisah untuk membantu gua. ini kah sifatnya warga malaysia? gua musykil. terima kasih semuanya. tunggu nanti bila sudah terlanggar batang hidung sendiri baru kalian akan paham apa yang gua rasa.

--------------

YES, AJAL MAUT KETENTUAN ALLAH. bikin gua rasa insaf dan mengajar gua agar lebih berwaspada di masa yang lain. insyaallahhhh.

:)

Saturday, November 6, 2010

birthday yang tak macam dulu!

6 nov.

genap umur gua sembilanbelas. sudah makin bertambah angka itu meng-jadikan gua makin tua. tapi, di umur yang 19 ini bikin gua rasa lebih dewasa. lebih matured.

*****

jam pukul duabelas gua ter usha-usha phone. tunggu siapa bakal menang anugerah pengwish pertama. pukul duabelas lima minit, nokia dan sony itu masih bisu. "tidak mengapa", kata hati gua. pukul duabelas dua puluh minit. beliau mula bersuara. gua tersenyum.

'sebby. happy birthday......' (from: jira)

(dissapointed)
even bukan orang yang gua paling tunggu-tunggu, its okay. lebih baik ada satu dari tak ada langsung. thanks jiji.

:))

*****

jam pukul satu limabelas minit gua ber facebook. gua yakin ada ramai yang sudah meng-wish gua. dan itu memang terbukti kebenarannya. sudah 30 orang. tidak perlu hadiah. tapi cukup untuk buat gua terharu. terima kasih facebook.

:))

*****

jam pukul dua tigapuluh minit. yang gua tunggu-tunggu masih belum mengucap selamat. ahh. bikin gua desperate. tak mengapa lahh. mungkin beliau lupa. atau mungkin kegersangan credit. positif side gua kata "esok mesti dia wish!".

:D





p/s:

waktu dulu, berderet-deret message masuk phone gua text selamat hari dijadikan. tapi sekarang yang berderet-deretnya hanya di facebook. cuma satu di dalam phone. btw, ini tak meng-parutkan hati gua. segaris pun tidak. gua hanya meng-bandingkan. yang dulu dengan yang sekarang. ha, untuk orang yang ditunggu-tunggu, agak khinzir okay. kau buat aku resah gelisah mengusha-usha jam dan phone! haha

:))


sekian.
dari sabrina yang umur nya sembilanbelas.
heh.