Wednesday, September 29, 2010

entry gua pedas?

kawan-kawan cakap entry gua pedas. gua cakap balik, 'lu baru tau ke?'. ada jugak cakap 'seb, entry kau yang @$%$ terbaek.' babe, gua jadikan blog gua sebagai tempat gua tulis apa hati gua rasa. memang gua mengaku blog bukan tempat yang the best untuk gua luahkan perasaan. at least, tension gua dapat di releasekan di sini. tapi, gua sedar ada batasnya. apa yang gua nak taip gua kalis-kalis pakai penapis. yelah. blog gua open. bukan private. siapa-siapa mahu boleh baca ikut suka.bodoh la kalau gua terang-terang show off siapa yang gua maksudkan. itu bapak gua namakan mencari bala. ha, bila lu sudah membaca dan kemudiannya terasa, gua tak boleh buat apa. siapa suruh lu menterasakan diri? so,kalau lu mahu carutkan gua, gua persetankan saja. satu yang gua mahu warning.

' kalau lu tak suka blog gua, jangan gatal-gatal jari pegi tekan tikusdalamlab.'


-_-

Sunday, September 26, 2010

our relationships are not like Twitter. not like Facebook. not like myspace. you can't sign in or sign out whenever you please.



*_*







Saturday, September 25, 2010

sila sedar taraf lu.

gua pernah buat entry sebelum niy pasal budak-budak yang copy paste assignmnet. hari niy gua mau buat entry pasal budak-budak yang meniru time exam. tadi gua and the rest of classmate gua dapat paper account. gua tak score banyak. 90 je. (astgf. riak doe kau niy. haha) tapi, gua tak berapa hebat. ada beberapa dalam class gua score lagi tinggi dari gua. choi. choi. sikit pun gua tak jealous okay. serious. congrates laa babe. yang jadi problem bila lu riak dengan markah yang lu dapat. hello incik. satu batch tau lu dengan kroni-kroni lu meniru time exam! aduhaiii. tolong la. kanak-kanak ribena sungguh. hey. lu nak bawak toyol ke, bawak notes dalam iphone lu ke, discuss sama geng-geng lu ke, sumpah gua sikit pun tak heran. sebab tu effort lu nak score caryymark tinggi. weyh, sendiri tau lu meniru kan? jadi, nak riak pun biar beragak sikit laa. mentang-mentang lu tau markah lu dari tinggi dari budak-budak scholar, lagi lu mau buat-buat tanya markah diorang. ceyh-ceyh. then lu boleh pulak buat-buat nak pinjam paper diorang buat correction kan? haiyaaa. stop pretending laa babe! sini gua kasi tau. lu bikin kita semua rasa annoying. menyampah sampah okay. dah tau markah lu tinggi bukan atas effort lu, senyap-senyap sudah laa. bukan maen happy tadi gua tengok lu dan kroni-kroni lu. yelahhh. score highest mark lah katakan. apa lagi, pegi apply scholar jpa laaaa. lu dan kroni kan budak-budak genius. haha. babe, gua rasa gua dah wakil ramai punya hati yang sakit disebabkan lu orang punya perangai. gua tau ada antara lu yang akan baca entry niy. tapi gua tak boleh nak buat apa. gua honest ramai yang unsatisfied with you all. so, kalau lu peniru professional, take this as a reminder laaa. apa yang tak betul kita sama-sama betulkan. sorry kalau lu orang makan dalam. gua tade niat mahu create enemy. lagi gua mahu selamatkan ramai umat islam dari dosa kecil sebab mengutuk lu and the gang.

mintak maaf okay.


'-_-

Thursday, September 23, 2010

hoi mood raya! berambus cepat laaa!

gua balik uniten hari ahad. hari niy sudah masuk hari khamis. tapi hati gua masih tertinggal di rumah. sumpah gua di hantui perasaan kemalasan! ada tutorial gua biarkan bertimbun. ada exam gua buat macam tak de. baru 5 minit bukak buku gua sudah panas buntut. tidur pun sudah macam bayi. 16 jam tidur gua masih rasa ketidakpuasan. sudah nya, gua menembak-nembak je bulatan ABCD atas kertas OMR. sebab apa? gua tak study. so, soalan senang pun gua rasa susah. lantak laa. carrymark rendah gua tak payah nak bising apa. salah gua yang tak kuat semangat. online, makan, tidur, tu yang gua rajin. yang lain, bersepah. dengar sini. serious gua mintak tolong. lu lari jauh-jauh laa mood raya. satu kerja pun tak jalan kalau lu ada! -_-

Monday, September 20, 2010

bila mak lu choosy, apa lu kena buat?!

gua musykil laa babe. sangat musykil. mengapa dan kenapa mak-mak selalu sangat banyak cakap-cakap dengan pilihan anak beliau? pendak la. kurang kacak laa. kurus sangat laa. haishhh. sumpah gua hairan. gua seorang gadis. bakal jadi wanita. bakal jadi isteri. juga bakal jadi ibu. gua mintak gua tak tergolong sekali dalam golong-golong yang begitu. oleh itu pergulungan gua lebih simple dan easy. yang mana sudah tentu nya gua lebih senang dengan bapak-bapak. siapa yang anak pilih, tiada bantahan atau komen terludah. bab rupa paras, langsung tak dijadikan tali tape untuk mengukur kebolehan meng-perfectkan lagi life anak gadis atau anak teruna mereka. gua risau ini jadi pada gua. harta gua tak jadikan requirement untuk layak jadi laki gua. tapi agak-agak la babe. jangan la yang memanjang sengkek. gua manusia. makan nasi. makan mcd. makan kfc. tak pasal-pasal gua tergolong dalam miskin tegar. makan pasir hari-hari. hehe. gua cari yang sedang-sedang. yang kacak boleh lari jauh-jauh sebab gua not interested. asal sedap mata memandang, gua boleh accept. tapi tak la gua demand mahu yang muka saing-saing ustaz macam mawi. tidak. cukup pada gua dapat seseorang yang pandai jaga hati gua, tak kedekut bagai dan paling penting bukan seorang yang panas baran. hey hot-tempered boy, ur out from my list! hehe. so, untuk nasihat gua pada diri sendiri dan orang lain, bila punya mummy yang choosy jangan terus mahu melenting. lepak-lepak mamak dulu. rileks babe. hati orang tua. kalau betul sayang, kalau betul cinta, fight saja itu mummy. fight sini gua mean secara batiniah. perghhh. tak bley bla kan? haha. okay-okay. serious babe. secara batiniah pula gua mean pujuk ur mummy laa. amek hati. belikan kain batik ke. apa ke. tak kisah la kalau kena pretend sikit. tak dosa pun babe. sebab tu kira tipu sunat. janji apa yang korang nak dapat. betul kan? pada yang punya mummy yang sporting, lu kena pegi sujud syukur. sumpah lu beruntung. tak payah susah-susah mahu cari yang macam mummy lu mau. lu jugak tak payah dengar ayat macam niy 'eee. mak tak berkenan lah dengan si kiah tu'. yela. lu da cinta separuh mampus sama itu gadis. tiba-tiba mummy lu cakap macam tu. peghhh. tak hancur pulak ulu hati lu? haa. itu sebab gua cakap lu beruntung. okay laa. gua bikin ini entry sebab gua punya kawan yang punya mummy yang tak berkenan pada gf nya. untuk beliau, chill babe. lu muda lagi. bukan gua suruh lu cari laen. tapi lu bukan nak kawin esok pun kan? so, lagi 3-4 tahun niy lu ikhtiar la macam mana mau tackle lu punya mummy. you can do it babe! hehe :D

Wednesday, September 15, 2010

lu gila berukband. lu gila laptop.

fuhhhh. lagi satu hari genap seminggu gua hilang title sebagai blogger. nasib baek minggu raya. so, tak terasa sangat kelamaan tidak menjenguk blog gua niy. macam-macam prob la babe. mula-mula berukband gua kena terminate sebab tak bayar bill. baeklah. sala gua niy. jadi gua kena tutup mulut. kalau nak carut, carutkan diri sendiri. tula. bertangguh lagi. kan da menyusahkan. lalu gua ke maxis centre kemudian harinya. gua hutang lagi rm 70. gua darab-darab dan meng-kali, gua decide mahu bayar rm 30. lantak la. janji dapat online balik. gua bayar sikit bukan sebab apa. gua mahu lebihkan bajet beli baju raya. pandai kan gua? brodband tak boleh diplesing. so, gua decide mau kurangkan bajet disitu. hehe. balik dengan penuh semangat gua terus cucuk brodband. tapi tah apa malang gua, line berukband gua masih di terminate. aishhh! tahi laa. berkira sungguh kau incik fakxis! tape-tape. niy hari kau. sok hari aku, kau tunggu la naseb kau! gua pendek cerita gua pegi bayar lagi rm 30. balik je rumah, laptop gua main gila. beliau tanak on ok! weyhh. tak beradab sungguh! kata abang gua, sudah kena virus. trojan serasa gua. weeeeeeee. celaka kamu! haa. sebab gua beraya pun sudah makan satu minggu, lepas raya baru boleh gua pegi hantar kedai. melayang rm 50 gua sebab kena fomat. kalau guna duit tu beli baju lagi berfaedah tuk gua. kan? sabau hati. sabau. tatapi macam mana pun at last gua dapat menaip disini dengan penuh kepuasan.
p/s: gua rindu paradoks (tiba-tiba)
*:)

Friday, September 3, 2010

perempuan pakai tudung punya cerita

gua tak reti mahu muqaddimah panjang-panjang. jadi gua straight to the ampang point je. gua yakin dan penuh confident nya dah ramai blogger-blogger usha video pasal beberapa perempuan2 pakai tudung yang menghina islam. tak berat apa yang diorang buat. ada yang lebih teruk dari itu. tapi cukup untuk meng-obviouskan betapa bodoh nya diorang sebagai perempuan bertudung. gua perempuan bertudung, bershawl. tapi belum lagi sejahil budak-budak tu.

sini gua mahu cerita apa effect yang jadi bila tersebar video tu dalam fb, blog, you tube dan merata-rata lagi.

(sila baca cerita dibawah)

gua sedang santai-santai sama beberapa laki-laki depan dewan exam sementara tunggu exam mula.

mr k: mr x, kau usha budak tudung biru tu. cun doe!

lalu mr x berkata: ahh. aku tak suka perempuan pakai tudung. hipokrit!

gua terus tersentap. weyh! gua kawan lu. takkan lu tak suka gua sebab gua pakai tudung?

gua terus balas: hoi. kau cakap baik sikit. aku terasa la @#^$^!

mr x: takde la. aku bukan cakap semua. certain. kau tengok tak video budak
perempuan pakai tudung yang zikir. pastu siap menari-nari. macam #$%&. kalau aku dapat siapla. aku lempang-lempang je budak tu!

gua terus senyap. silent. terkesima. lantak laa. benda memang betul kan? nak marah apa.


err. ini notes untuk perempuan-perempuan tu. atas kebodohan lu, perempuan pakai tudung yang lain pun sekali kena tempias. weyh, serious gua rasa mahu carut-carut. kesian tau makbapak lu. punya anak perangai macam celaka. tolong la. gua mintak yang lain. lepas tengok video tu, jangan judge kitorang yang lain sebagai perempuan bertudung semuanya bodoh dan hipokrit!

please. i'm begging you

:(


hey gojes,you are the second one. and you beuatiful, you are the third one. please be pleasured :)

ok2. gua mahu thanks satu lagi blogger. beliau ialah incik trahhhh!! weeeee (weyh2.sila tepuk tangan semua). haha. why?! why trah?! apa lebih trah sampai gua meng-thanks beliau? haaa. lek lu der. beliau sudah dedicate satu award laa tuk gua. lu tak bagi gua award. so, memang tak dapat ah gua nak tolong. choi-choi. incik trah, thanks a lot. muahhhh! gua sayang lu lebih la! (alamak budak niy.sikit-sikit suda) haha. err. err. gua nak riak sikit niy. incik trah award kan gua award BLOGGER CUN (sila take note tulisan bold)

muahhahahahahha! kan gua da cakap. gua cun. lu tak pecaya! trah, lu mmg ada sixth sense la der. sebab lu are 'the choosen one' ter bukak hijab untuk memperasankan kecantikkan gua. sumpah lu ter baek! (hoi anak, lu cun ker? celah mana lu punya cun? buat gugur bulu ketiak gua jela weyh!)
hekeleeeee.. byasa bro. orang busuk hati memang macam tu. kan? tape2. gua da biasa dengan manusia yang jealous bila melihat gua yang cun niy. jadi nya gua yang cun niy sikit pun tak memakan dalam. haha. ohoi! lu mahu tengok tak macam mana rupa bentuk award yang gua dapat? okay2. jap eyh. pejam mata dulu. 1.. 2.. 3..

tadaaaaaaaaaaaaa!!



pewittttttt. credit tuk lu la trah! makin teserlah yang gua niy memang betul cun! hohohohohooho (gelak penuh takbur) ehey anak! lu lupa daratan kan?! haissshhh. pegi thanks satu lagi blogger! now!

ok.ok. sorry-sorry. haa. satu lagi blogger is incik anis la babe.(boleh usha kat shoutbox gua. ada nama anis. tekan link beliau nak tau yang mana satu) anis, gua bukan malas mahu link kan blog lu. tapi gua niy sekarang terletak dalam hutan. paham-paham la brodband gua dah macam beruk lagak nya. so, gua boleh buat something yang simple. ringkas. lu tak kisah kan? ok laa tu. maksudnya gua appreciate lu yang appreciate gua.
pape pung, gua cakap thanks again. gua suka bila dapat award2 niy. gua promise akan lebih rajin menyemak kat shoutbox korang!


p/s: blogger lain, sila award kan gua ok. gua sudah ada yang kedua dan yang ke-tiga. so, jadi yang ke-seterusnya. nanti gua buat entry pasal korang. gua promise niy!

yang membenarkan: blogger cun (menggelabah kambeng punya budak!sila stop menipu sebelum gua tangankan lu!)

hehehehehehehehehehehe..

:)