Saturday, August 28, 2010

kau bukan manusia. kau binatang.

gua tengak buletin utama.
tv3.

'seorang abang merogol 3 orang adiknya.'

Bold
perghh.
kau nafsu apa rakus sangat niy?
atau kau dah kuat sangat sebab terlebih minum tongkat ali?
sebab tu aku panggil kau binatang.
mana ada manusia normal nafsu macam tu.
kalau aku dapat kau,
rasa mau melempangkan kau laju-laju!

adik-adik nya mendakwa dirogol dari 7 tahun lalu.
sekarang si binatang ber umur 18 tahun.
18 - 7 makna nya,
si bintang mula merogol sejak umur nya baru 11 tahun.

astgf.
mengucap panjang aku dalam hati.
macam mana boleh wujud family macam niy??
serasa aku,
budak umur 11 tahun belum tentu dah baligh.

tapi..
dah pandai merogol.
weyh binatang,
elok rejam kau dengan batu-bata je tau tak?
aku mahu tanya,
mana kau belajar ha?
bapak aku cikgu.
tak pernah pulak beliau cerita sekarang ada matapelajaran ajar cara-cara merogol.

jari aku terus tunding pada mak bapak kau.
sorry mak bapak si binatang.
memang kau tak ajar anak kau merogal adik sendiri.
tapi mengkin kau tak usha apa aktiviti anak kau buat hari-hari.
situ silap kau.

jangan pelik.
jawapan nya hanya se-buah.

dunia hampir kiamat.

p/s: moga dijauhkan perbuatan terketuk niy dari berlaku dalam keluarga aku dan kamu-kamu. aminn.

Friday, August 27, 2010

yang kedua untuk hari ini :))


:)
:)
:)
:)
:)
:)

amboi.
banyak tak gua senyum?

apa?
gua sweet?
ishhhhh.
memang laa.
dari dalam perut mama gua lagi gua sudah tau.
lu lampi laa babe.
haha.

weyh2.
tanya lah apa yang gua smile-smile kan sangat niy?
haaaa..
macam niy,
tadi paradokshati shoutmix gua ' hehe.. ada award. sila datang ambil ye :) hehe..'
ha? award apa yang gua dapat niy?
lalu gua terus teruja dan dengan rakus terus klik link beliau.

dan, tadaaaaa. ini yang keluar (latest entry beliau):



salam readers;
dan selamat malam semua;
entri terakhir untuk malam ni;
setelah hampir sebulan aku berbelog, aku dapat first award;
award ni pun di tag oleh dya;
thanks untuk dya;

hehe;
thanks again;
.
.
so, aku nak share award ni dengan;
.
.
ambil la award ye;
thanks :D
sekian;

.:.wassalam.:.

paradoks, lu are the first one give me award laa babe!
da 8 bulan gua blogging, ini yang satu kali gua receive something.

serious gua teruja babe! thanks taw. gua rasa diappreciate ouh bila nama blog gua
appear di entry baru lu.
memang gua tak dapat pegang award yang lu bagi macam medal yang
gua dapat menang merentas desa.
tapi,
cukup buat gua happy dan terus mahu blogging
juga, terus bw di blog lu lagi :)

ok.

sini-sini, gua mahu balas jasa lu.
gua mahu anugerahkan award niy kat lu paradokshati.
lagi pada;

bbmemorylane

gua bersungguh ikhlas niy.
even gua ciplak award yang paradokshati bagi.
sebab
lu dua rajin datang jalan-jalan blog gua.

thanks again baybeh.

gua kipassusahmati lu-lu. yeehaaaaaa!!

:))


mungkin terjadikah pada Malaysia?





gua tidak mahu bising banyak-banyak.
gua puasa.
kurang cakap, kurang membazir air liur gua.

tempat: Mesir
imam: Imam Hatim
masjid: Masjid A-Qaid Ibrahim Hayyu Syatibi Mahattah Rml.
jumlah: 1 juta orang yang bersolat

bukan selalu gua bertazkirah di dalam blog.
yela.
gua memang tak jahat.
tapi gua kurang baik.

gua teruja tengok gambar niy.
sumpah.
gua dapat dari admin uniten.
gua mahu terima kasih sir ariff kassim.
buat gua semangat ke masjid untuk berterawih.

satu benda gua musykil.
ragu-ragu.
pernah ke Malaysia gua jadi macam niy?
ishhhh. mesti lah pernah.

bila?

tyme ada konsert kat dataran merdeka.
tak pun malam raya dekat jalan tar.
sama macam niy punya ramai gua ckp sama lu der!

tak payah cerita pasal masjid putrajaya atau masjid negara.
tengok masjid belakang rumah lu sudah.
pegi usha berapa kerat datang berterawih?
ok. ada la 5-6 saf.
tapi,
kat saf depan sah-sah warga emas kongker.
warga bukan emas atau silver berebut-rebut duduk belakang.
cari tempat ada dinding.
untung-ungtung boleh sandar.
ceyttt.
sampai rakaat 8,
mesti tinggal 2 saf je.
betul kan?

eyh.
gua sudah bilang.
malas mahu bising-bising.
gua bukan makcik anak lima.
gua muda lagi.
tak boleh bebel-bebel.

gua dan lu-lu, mari kita pegi muhasabah diri

-__-

Wednesday, August 25, 2010

tadi gua ke bazar.
biasalah, Ramadhan.
tengah seronok bersiar-siar mengusha makanan di tengah orang yang keramaian,
gua ter berhenti.
segerombolan laki-laki yang baru nak up block jalan gua.
sebab orang ramai, gua tak dapat nak mencelah-celah.
karang tersentuh mana-mana yang tak patut susah pulak.
gua lepak kejap.
lepas habis meeting di tengah jalan, diorang mula gerak.
so, sekarang kedudukan gua di belakang mereka-mereka.

tiba-tiba lalu seorang gadis.
ciptaan Allah, semua cantik.
tapi kurang nya beliau kerana bersaiz triple xl.
salah seekor laki-laki yang baru nak up tadi, terus berkata:

"weyh, tgk pempuan niy. bapak besar doe!"
disambut gelak ketawa mereka-mereka yang lain seperti dirasuk hantu siam.

gua tersentap. gua jadi geram.
wahhhhh. lu mulut bau cendol basi kut!
sikit pun gua tak terasa.
tapi gua terus terpikir.
macam mana dengan perasaan gadis tu?
dimalukan depan orang ramai.
mesti tyme tu beliau rasa nak kikis-kikis je semua lemak yang ada kat badan.
sampai ternganga mulut laki yang memalukan beliau.
jantan, kau tak layak dipanggil lelaki.
kau dayus.
macam maknyah kat Lorong Haji Taib!

lumrah lelaki
susah nak cari yang betul-betul hormatkan kaum gua.
yang gemuk, bantut, dicaki-caki (dicaci dan dimaki)
kalau nampak yang berdahi licin,
tesembur-sembur air liur menyusun ayat nak mengayat.
lagi nampak yang badan solid.
boleh terkeluar bijik mata mengusha.
tergoda konon.
setujukah yang nama nya lelaki?

sumpah gua usha panas laki-laki perasan tuh.
bulan-bulan puasa pun nak berperangai celaka.
hey monkey,
you are such faking loser!

awak, jangan risau.
muka monkey-monkey tuh, serious shit muka pecah rumah.
macam penyangak.
gigi bersepah.
muka pun bengkak-bengkak (banyak jerawat)
sampai saya rasa nak suggest pergi pakai pendakap gigi.
tapi tyme mengata orang,
macam diorang perfect.
so, awak tayah sedih-sedih taw!

laki-laki lain,
jaga sikit hati perempuan.
perempuan tak melawan,
tapi diorang akan menangis.
sangat tak sweet laki yang buat perempuan nangis.
jadi laki yang sweet.
baru macho.
baru taff.




Sunday, August 22, 2010

MANUSIA PERTAMA IAITU ADAM

eyh2. tu tajuk assignment gua. macam biasa. NO COPY PASTE. ouh. ok. ok. gua janji gua tak copy paste. sebab originality markah paling banyak ustaz bagi. tapi gua jadi panas bila ada yang nak senang kerja, search kat google 'manusia pertama iaitu adam' then copy paste. perghhhh. dalah yang lu copy paste tu sebijik cam gua jumpe. kalau lu baca ayat 2 bahasa indon kutt. lu beragak sikit eyh! tuka sikit jadi bahasa melayu ke, edit-edit sikit ke. boleh bla jugak laa. haishh. sekarang part gua, gua dah siapkan. lu buat part lu pulak. lu copy paste lagi, siap la. ini warning gua tuk lu niy. goy tak goy, lu kena goy jugak. gua leader. gua ada hak. dapat markah ciput nanti mula lahh lu nak menyesal. lu nak menyesal, suka lu lahh. tapi nanti lu salahkan orang lain pulak sebab markah lu rendah. gua tau nanti, gua tarik-tarik lemak lu. degil sangat. amik kau. sini-sini. gua mahu bebel sikit. niy laa penyakit budak-budak universiti. tade keje lain. search kat google. then copy. hey-hey. kalau macam tu sampai bila-bila pun lu akan jadi pemalas. tyme study niy laa buat assignment buar ikhlas. tyme kerja mana ada bos lu suruh buat assignm pasal nabi adam lagi. sudah laa. gua malas mahu cakap lebih-lebih. nanti lu baca entry niy mula lahh mahu mentouchingkan diri. lu dah besarkan? kencing berak pun sudah boleh basuh sendiri. satu je gua mintak dari lu. benda simple. TOLONG JANGAN COPY PASTE. tq.

Friday, August 20, 2010

lumba-lumba

waa. entry niy bukan gua mahu open table cerita pasal ikan lumba-lumba. atau cerita pasal adik gua ditadika yang menang lumba lari dekat tadika beliau. tapi gua mahu cerita pasal lumba-lumba dapat follower yang beribu-ribu. err. tolong paham. sini gua bukan mahu argue apa-apa. gua hanya mahu bilang serasa gua tak salah kalau blogger lumba-lumba cari follower. macam nak jual barang. marketing mesti terrbaek. baru barang lu boleh market. kan? jadi. sama dengan blog. mahu satu malaysia baca blog lu, lu sendiri kena pandai-pandai nak hidup lahh. buat promotion sikit-sikit. blogwalking ke. text 'hye. nice blog awak' kat shoutmix orang lain ke and pape laa. ha. baru lahh orang sedar kewujudan blog lu. nanti ada yang akan follow lu sebab mahu di follow balik. lantak la. follow jela balik. apa susah. sekarang mungkin mereka-mereka tanak baca entry lu. mana tau tiba-tiba mereka-mereka dilanda kebosanan tahap gaban then terrr stalker blog lu. tyme tu baru diorang tau betapa cool nya entry-entry lu dan sudah semestinya lepas tu mereka-mereka akan sentiasa teringat untuk membaca entry lu yang ke-seterusnya. gua rasa ideologi gua logik. boleh diterima akal. ahhh. apa gua peduli. wajib setuju dengan gua. haha. gua tau cerita niy tak se-hot cerita-cerita pasal manusia letak otak kat kaki sebab buang bayi. tapi sejak gua rajin-rajin mengusha blog orang lain, gua banyak kali baca statement macam niy ' blog saya bukan untuk jadi tempat berlumba-lumba kumpul follower'. err. mmg laa. tapi gua mahu tanya. tyme mula-mula lu bikin itu blog, macam mana lu kasik tahu orang lain lu dah buat sebuah blog? alaaa. kalau setakat cakap kat budak-budak taman rumah lu, apa barang der. tak langsi lahhh. niy gua cerita pasal satu malaysia baca blog lu. haaaa. sudah tentu lu kena cari follower kan? ok. mari cakap lu dah ada 3 follower. perghh. nak buat entry baru pun rasa lemau je. mmg laa hati lu puas dapat post entry baru. tapi follower yang 3 tu jela akan baca. tak syiok lahh kan? jadinya, lumba-lumba jelah cari follower. bila lu dah ada 30 follower, (sebab gua baru 30 follower) gua berani potong kuku kaki lahh lu akan rasa berapi-api nak meng-post entry baru setiap hari! yeahh! (dengan nada bekobar-kobar)







p/s: tolong jangan terasa-rasa. gua hanya meluahkan. memberi pendapat. jangan ludah gua -_-

Monday, August 16, 2010

maaf, aku buzy.

ahh. gua sudah letih. kepenatan.

rabu 18/8: midterm MSTB113

jumaat 20/8: midterm ABAB113

gua rasa einstein pun boleh sakit otak macam niy.

for your information,

gua kena hafal sejarah Malaysia.

in english ok?

tah siapa punya idea lahhh suruh budak-budak belajar sejarah dalam english.

buduh! buduh!

walaweyhhh. nak ber fb gua rasa tyme gua tinggal ciput-ciput.

kenapa masa cepat sangat niy?

'tanda-tanda kiamat lahh tu'. kata gua dalam hati.

jap.

'masa umpama pedang. kalau kita tidak memotong nya, ia akn memotong kita'

betul ke?

gua ingat-ingat lupa.

masa form3 gua belajar.

hehe.

nak ber-blog gua takut jari gua tak boleh berhenti.

ishhh. serba-salah gua.

haa. ini pun gua curik-curik ber-blogging.

ok2. gua kena pantas. gua dapat taip-taip sikit pun jadi lahh.

buat lepas gian.

hey baybeh!

gua pergi sekarang.

gua nak study.

-_0





Thursday, August 12, 2010

cermin ini untuk lu.

gua mahu dedicate ini entry untuk lu,
sebab makin hari gua rasa lu makin meng-sadiskan gua.

ini kisah nya.
lu suka kencing orang.
cakap pun gebang.
'buruk doh baju dye'
'ee.bodoh la sial perempuan tu!'
macam-macam lagi lu tempelak orang.

hey. hey.
ini ramadhan.
mai sini chek habak kat hang.
kawan, mulut lu jangan mahu piau sangat.
buat penat je perut lu bunyik-bunyik mintak nasik sebab lapar.
buat penat lu curi-curi telan air liur sebab dahaga.
sampai azan bunyik,
habuk pun lu tak dapat.
bab pahala ustaz dah ajar pun lu tak reti nak buat.
bab dosa?
tak payah ada setan hasut, lu sendiri pandai-pandai buat.

eyhhh! jap-jap.
ramadhan setan kena ikat.
macam ustaz cakap.
lu ingat kan?
jadi, gua tak rasa ini salah setan.
niy salah lu sebab dah ajar mulut lu tak reti nak duduk diam.

haish.
penat dah gua mengeluh.
jadi gua decide mahu belikan lu satu cermin.
gua pernah usha katalog ikea.
panjang dan lebar cermin tu.
murah.
harga pun berpatutan.
cukup gua rasa untuk lu telek-telek diri lu.
insyaallah.
dengan keberkatan ramadhan,
gua doakan lu boleh berubah.
ini ikhlas.
sila terima ya!

maaf kawan.
kalau lu terasa then lu taching dengan gua.
gua ingatkan lu,
ingatkan diri gua jugak.
masing-masing punya silap masing-masing.
memang kubur lu, kubur lu.
kubur gua, kubur gua.

tapi,
ini semua gua cakap
sebab
gua sayang lu kawan.

:)





Monday, August 9, 2010

bulan itu sama macam dulu-dulu juga.

tadi sudah satu hari kita puasa. sumpah rasa sangat cepat jarum panjang dan jarum pendek pusing-pusing. eyh? sudah ramadhan? astagfirullahhalazimmmm. macam biasa. puasa aku 6 tahun lepas-lepas. tak dapat puasa penuh 30 hari dengan family. aku tak sedih. sikit pun tidak. sebab aku sudah lali. terbiasa.

dulu puasa aku beramai-ramai. sama kawan sekolah. budak-budak dorm. adik-adik junior. sekarang pun masih sama. lebih kurang. puasa dengan kawan-kawan u. puasa dengan housemate. kalau kat sekolah dulu, pukul 6.30 semua sudah berderet beratur kat dining mahu ambil makanan. macam nak beli tiket wayang gua cakap sama lu! jadi junior sakit sikit lahh. lagi-lagi dapat senior tade otak. suka-suka nak potong que. naseb baik bulan ramadhan. sabar hati. sabarrrrr. tapi bila aku jadi senior, aku mula memahami perasaan seorang senior. jadi,aku pun buat macam tu. buat-buat muka mintak kaki, then terus selit-selit. pegi mati lahh nak panas hati ke apa. aku senior. so what? haha. jahat kan? biasa lahh. budak-budak. ha. ha. nak tau macam mana nak celah barisan yang panjang tu? mula-mula. point satu titik. mean cari satu mangsa. lebih terbaik kalau mangsa tu junior. then datang terus buat-buat borak. kalau nak dajal lagi, lepas mangsa dah layan, dah dapat masuk line, panggil kroni-kroni join sekaki. haha. sumpah perangai agak celaka. bulan puasa buat tahi. tapi, itu lahh kenangan. indah. paling indah. eh. aku tiba-tiba skip bukak puasa kan? hehe. mehmeh. aku cerita pasal sahur. ish. cakap pasal niy aku panas sikit. ade ke makcik dining, time sahur perghhh. menjilat jari kutt dye masak. budak laki makan sahur sampai tak cukup nasi. bertong-tong. nasi budak perempuan pun diorang kebas. budak laki time sahur, time bukak puasa, sama je jumlah nya. tapi perempuan, time sahur boleh kira berapa yang turun dining. yela. perempuan payah sikit. bukan boleh turun dining pakai baju tidur. nak sarung tudung lagi. leceh. so, baik masing-masing minum air seteguk then sambung buat tahi mata. then sampai waktu terawih. WAJIB. nak tak nak. rela ke tak, semua kena turun surau. terawih ramai-ramai. ala. 8 je pun. time kat hostel lahh kena pulun terawih. betul kan kawan-kawan? sebab kat rumah, haram lahh aku nak pergi surau. hehe

itu semua cerita dulu. cerita aku dengan kamu-kamu. aku rindu waktu-waktu dulu yea kalian. sungguh. siapa tak pernah duduk hostel, korang dan korang-korang rugi. terlepas satu nikmat zaman sekolah. tak percaya? tanya sama budak-budak hostel lain. mereka pasti rasa yang sama. macam aku rasa. kerinduan. serious. :)




Wednesday, August 4, 2010

terpinggir atau meminggirkan?

ahh. aku tak tahu. mengapa dan kenapa. aku kira guna jari sudah satu dua tiga hari aku rasa tade life. tade hidup. jiwa kosong. jiwa kacau. Ya Allah. rasa aku mahu jerit kuat-kuat. tapi rasa mahu nangis itu lebih berganda-ganda! sumpah. aku duduk atas kerusi warna cokelat. pintu bilik tertutup. sorang-sorang. tade sape. hanphone? sengaja di-off kan.


kenapa aku boleh jadi macam niy? sekarang sangat sunyi. aku mahu ingat baik-baik. ok. aku habis net-hock. balik aku terus tidur. tidur macam nak mati. sebab aku penat. penat sangat. bangun, mandi-mandi. aku terus pegi study. ya! sebab malam esok aku ada quiz. aku study. tapi lebih yang keluar dari yang masuk. penat aku sumbat-sumbat ilmu tu. senang-senang diorang muntah kan balik. rubbish! aku naik bosan. annoying. malam tu aku tidur awal. ya. aku ingat.


bangun esok pagi, aku siap-siap. tapi kepala aku mula pening. berat. mencucuk-cucuk. aku buat macam biasa. macam tak ada apa. pegi class madam. dalam class aku mula jadi tak tentu hala. panas pungkuk je bila aku duduk. aku keluar class. konon-konon pegi toilet. mayb ok kutt lepas niy. aku monolog dalam hati. lain jadi sebab masuk class aku rasa makin teruk. rasa loya. aku bukan mengandung. jadi aku tau aku memang 'sakit'.


habis class aku cagas balik rumah. tapi aku tepikir. pukul 2 ada class lagi. aku dah mencarut2. apa malang sangat hari aku ni! last-last aku decide. aku tanak pegi class. buat mc sendiri. kat rumah aku rasa tak sedap badan. sejukkk sangat. aku bg tahu 'dia'. tengah baring-baring, 'dia' datang. bawak air badak, panadol dan roti. aku makan minum dan terus tidur.


malam aku pegi quiz, duduk setengah jam. then aku keluar. sebab aku tak tahan tengok madam usha aku. madam siap sound "no discussion at the back". err. aku duk kalis-kalis. takut kantoi. abez quiz baru diorang bagi tahu madam perasan aku meng-share jawapan. phew. naseb baek madam tak buat pape. aku tidur awal lagi malam tu. tak shut down laptop. tak disconnect brodband pun.


haa. mula dari semalam. smpai hari niy. demam sudah ok. pening-pening je lagi. tapiii. aku rasa tak tenang. asyik rasa mahu nangis. pagi mati lahh mahu cakap aku cewek. tapi aku betul-betul tak betul sekarang. aku senyap. ziera senyap. tak tegur-tegur macam kau tak nampak aku. aku tak nampak kau. maaf lahh. aku sekarang bukan aku. bukan aku ada pape yang ter-taching dengan kau. serious.


beberapa mereka pun aku sudah rasa makin jauh. kalau dulu agak rapat. sekarang? macam janggal. macam ada something wrong. aku ada rasa terpinggir. aku ada rasa aku meminggirkan. maaf. semua salah aku. tadi kita lepak sama, aku lebih-lebih rasa janggal. macam aku tak ada. korang borak-borak, aku tak tahu nak mencelah celah mana. nak ketawa pun macam tak reti.
aku rasa mahu jauh kan diri. aku tau salah macam tu. tapi aku makin buntu.


penat rupanya jadi pendiam. macam tersekat je anak tekat aku niy. bibir jadi kering. nak senyum, macam ada jongkong emas dalam mulut. aku mahu macam dulu. mahu chaous-chaous. mahu keriau-keriau. mahu gelak kuat-kuat tak pk orang. mahu ada kawan-kawan gelak sama-sama. haishhh. ini buat aku rindu rumah. rindu semua. rindu mama, rindu babah, rindu adik azim, rindu yana, rindu abg adi.


aku tahu kenapa aku tak tenang. solat aku rongak-rongak. subuh aku selalu hanyut. syaitan selimutkan aku dengan kulit babi. aku pun melayan. tak melawan. dosa bertimbun-timbun. pahala aku makin sengkek. Ya Allah, ampunkan aku!


****

wah. sudah menari-nari air mata ni. tapi aku rasa sedikit lega. thanks bagi peluang pada aku mr blog. sekarang aku hanya ada engkau. teman aku. dengar aku. jangan pinggirkan aku.


-writer have signed out-