aku memang seorang yang baran, panas baran. hot-tempered. and yeah, aku mengaku bahawa aku cukup senang untuk melakukan carutan. makian. heh. and, today aku mahu buka kisah silam. kisah sadis aku. trying to reminisce the past.
dulu aku ada seseorang dihati. yang mana bagi aku dia sangat panas baran. selalu maki-memaki. salah sedikit aku confirm kena marah. tapi, aku api. dia api. siapa yang bisa jadi air kalau dua-dua sedang terbakar? bukan niat aku nak melambung-lambung diri sendiri. but, kenyataannya aku selalu jadi air dalam paksa! hati aku memberontak. tapi hanya dapat aku simpan kemas-kemas, diam-diam. semuanya kerana sayang. itu yang buat aku diam.
hari makin hari, rasa sayang itu makin pudar. buat itu salah. buat ini salah. yang paling terbaik kalau aku jadi kera sumbang. jadi katak bawah tempurung. tak boleh mahu bersosialize. hey, aku remaja. remaja yang mahu hidup suka suki, gembira sana-sini. lagi pula aku api. aku sangat panas hati bila aku, kau control begitu begini. :'(
kata kau, kenapa aku sibuk mahu bersosial dengan rakan-rakan sedang kan aku sudah punya kau. dan ini jawapan aku. aku hanya jadi girlfriend kau. tapi aku tak pernah dapat jadi kawan baik kau. bila dengan kau, aku bukan aku. aku tak jadi diri aku. sobs. aku mengaku yang aku hilang ramai orang hanya untuk bersama kau seorang.
jadinya, itu bikin tempat tempat dia dihati aku macam satu hentian. satu persinggahan. relation kau dan aku makin lama makin hambar dan at last, ia sampai ke titik pengakhiran. trying to mending a broken heart memang payah. kau buat hati aku berparut. tak mungkin ada tempat untuk kau lagi.
senang cerita, relation api dan api memang tak akan menjadi. itu persepsi aku. magnet negative berjumpa another negative pasti saling menolak. tak akan bercantum. tak akan jadi satu sampai bila-bila! aku api. jadi aku perlukan air. atau maybe angin? atau maybe juga tanah?
who knows.
who knows.
:)
-biar jiwa bersuara-
fynn jamal