Friday, October 1, 2010

tag yang pertama kali nya dari: aJa

okay. at first thanks aJa. niy baru satu tag okay gua dapat. so, gua really appreciate. ha, blogger laen. sila ramai-ramai tag gua okay lepas niy. :D

1. Apa benda yang paling penting dalam hidup korang?

err. jap-jap. banyak okay. :
family
kawan
harta benda
cgpa
tikusdalamlab

2. Benda yang terakhir korang beli menggunakan
duit korang sendiri?

nasi goreng padprik

3. Dimana tempat korang ingin melangsungkan
perkahwinan korang dan tema perkahwinan korang nanti?

nanti jelah pikir. lagi 6-7 tahun mesti banyak trend-trend baru kan? hehe :D


4. Adakah korang sedang bercinta sekarang?

wohooooo. bahaya soalan niy babe. status dirahsiakan. tq.


5. Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?

sampai ke nafas yang terakhir. phewittttt! jap-jap. aku ada kekasih ke?
jeng. jeng. jeng..


6. Dimana korang selalu berjumpa dengan kekasih korang?

ish. tak boleh tanya lebih-lebih laa. hehe


7. Novel / buku / majalah yang terakhir korang beli?

ouh. novel gua dah berkurun tak sentuh. majalah gua tak pernah berbeli. membazir.
pinjam orang punya sudah. haha. buku? ada-ada. buku islamic studies. tu pun
gua phothostate. kedekut kan? ngee


8. Apakah nama penuh korang?

Nor Seb Binti Emy.
hahaha
tak-tak. gua kencing lebih.

NOR SABRINA BINTI SHUHAIMI

:)

9. Antara mak dan ayah korang, yang mana korang lebih mesra?

balance. dengan mama gua boleh cakap-cakap hal wanita. dengan babah gua
boleh bincang hal-hal universal. yang penting dua-dua gua sayang. muahh.
ish. gedik pulak. haha


10. Namakan orang yang korang betul-betul nak
jumpa dalam hidup korang

tahla. tak penah pulak gua terpikir.


11. Adakah korang basuh baju korang sendiri?

yeahhh. kadang-kadang. tapi banyak yang cik SIN tolong.
hehehe



12. Dimanakah tempat yang korang betul-betul nak pergi?

disneyland!


13. Pilih salah satu, peluk atau cium?

peluk.
weeeeeeeeeeee

;))

14. Beritahu 3 benda tentang orang yang tag korang

rajin bw and comment tikusdalamlab
dah lama jugak followup tikusdalamlab dengan consisten
TIDAK KEREK.

plus satu lagi boleh?

mereka best. :)



15. 5 benda yang korang sangat-sangat sayang
dalam hidup korang?

berukband
phone: maxis + celcom
laptop
beg,baju,kasut
alatan makeup


16. 5 lagu yang paling korang suka dan selalu dengar?

150 juta- fynn jamal
open your eyes- maher zain
hingga ke akhir nanti- misha omar
saat kau pergi- vagetos
putus- melda ahmad



17. Bila tarikh lahir korang dan kat mana korang
sambut tahun lepas?

06/11/91
tempat:
desasiswa ilmiah
(kena baling tepung sama telur tembelang)

:D

18. 5 orang blogger yang korang nk tag

paradoks:
♥ Paradoks Hati ♥
apih el nino:
Bernafas Dalam Ego
nadzirah aqilah:
From Kota Tinggi With Love
hazen:
tidak best
my territory:
My Territory


19. Cerita sikit blogger yang pertama korang tag

kawan blogger yang gua paling sayang!
<3

cari duit biar yang halal sikit.

gua open student info. mahu update amount fee yang belum langsai. gua memang sudah awal-awal settel semua. so, dengan confident gua plan nak double check. senang kata nya nak pickup ticket exam. gua click ledger balance. tadaaa. RM 25 outstanding debt. eyh-eyh. waklu. gua dah tak de hutang apa-apa okay! rm 25 duit apa pulak niy?! then sebab didesak oleh ketidakpuasan hati gua menterjah akak kaunter.

akak kaunter: "ye dik?"

gua: "kak, saya dah settel debt.tp tadi saya check ada lagi rm 25. boleh tak saya nak check tu charge untuk apa?"

akak kaunter: "ouhh. tu denda dik."

gua: "ha? denda apa pulak niy kak?"

akak kaunter: "err. sebab awak ubahsuai bilik"

gua: "adoi kak. saya tarik sikit je kut katil tu. mahal giler kena denda!"

akak kaunter: "hehe. biasa lahh dik. @#$%^& kan dah miskin. nak cari duit lah tu." sambil tersengih-sengih.

gua: terus diam dan kuarkan RM 25 purse LV uptown gua.

mesti akak tu engt gua seorang yang redha. tapi, beliau tak tahu dalam hati berbakul-bakul gua maki. agak celaka kut. gua rapatkan katil je pun dengan rumate gua. tu pun lu nak charge gua RM 25?! sah-sah lu nak markup duit student. cari profit tu bagus. mulia niat lu. tapi agak-agak lahh babe. gua dah pikir nak bakar bangunan je. nasib baek tiba-tiba gua teringat kes 5 student UM yang baru lepas tuduhan khianat tu. terus gua cancle plan syaithan gua. apa barang bakar-bakar. tak style lahh. (padahal goyang. haha) haishhh. at last gua menghalalkan jelah RM 25 gua. fine. its okay babe. gua niat kan sedekah. ambik jelah duit tu. pegi bayar bill air ke bill elektrik ke. apa-apa yang tertunggak lahh okay. opps. apa? tertunggak? jeng. jeng. jeng. cool babe. cool. kitorang semua dah tau. so, tade apa nak sorok-sorok lagi. haha. dah-dah. gua nak pergi CIMB. tinggal 1 ringgit je dalam purse gua niy.